Ringgit susut susulan lonjakan harga minyak mentah, perang di Iran

Ringgit susut susulan lonjakan harga minyak mentah, perang di Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF Advertisement Bisnes Ringgit susut susulan lonjakan harga minyak mentah, perang di Iran Astro AWANI 09/03/2026 | 21:23 MYT Setakat 6 petang ini, ringgit susut ke paras 3.9590/9655 berbanding dolar AS daripada 3.9425/9535 pada Jumaat. – Bernama KUALA LUMPUR: Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelompok mata wang utama lain pada Isnin, diasak risiko geopolitik yang memuncak dan mengukuhkan dolar berkenaan selain lonjakan harga minyak mentah Brent.Pada masa sama, prestasi ringgit turut dijejaskan oleh susulan perang di Iran.Advertisement Setakat 6 petang ini, ringgit susut ke paras 3.9590/9655 berbanding dolar AS daripada 3.9425/9535 pada Jumaat.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minyak mentah Brent dilaporkan melonjak sehingga mencecah AS$118.35 setong pada sesi pagi namun kemudiannya bergerak sekitar AS$107.91 setong selepas Iran mengumumkan pelantikan Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin agung baharu.Harga minyak mentah turut melonjak melepasi paras AS$105 setong, malah mencecah seketika paras AS$108 setong pada Ahad selepas pelantikan Mojtaba susulan kematian pemimpin agung yang juga bapanya, Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan udara Amerika Syarikat-Israel.Pada petang ini, harga minyak mentah Brent telah melonjak 12.16 peratus kepada AS$104.75 setong.“Ringgit terus dijejaskan oleh perkembangan perang di Iran. Pelantikan pemimpin agung baharu itu hanya memberi petanda konflik ini berkemungkinan berpanjangan,” katanya kepada Bernama.Mohd Afzanizam berkata kebimbangan mengenai inflasi global dan bagaimana reaksi bank-bank pusat, juga meningkatkan hasil Perbendaharaan AS.“Jelas sekali, langkah mengelak risiko telah memacu sentimen pasaran ke arah trajektori lebih lemah. Sehubungan itu, ringgit juga dijangka diniagakan rendah dalam masa terdekat,” katanya.Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.Ringgit ditutup susut berbanding yen Jepun kepada 2.4992/5035 daripada 2.4973/5044 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2809/2896 daripada 5.2530/2676 dan turun berbanding euro kepada 4.5738/5813 daripada 4.5634/5762.Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara anggota ASEAN yang lain.Ini termasuk ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3345/3617 daripada 12.3392/3810 pada Jumaat berbanding peso Filipina pada 6.65/6.67 daripada 6.68/6.70.Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0925/0978 daripada 3.0779/0867 selain rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 233.5/234.0 daripada 232.9/233.6 sebelum ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ringgit #penutup #Mohd Afzanizam Abdul Rashid #Iran #minyak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti 26 minutes ago Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman 32 minutes ago Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF 45 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 51 minutes ago Malaysia Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco 1 hour ago Malaysia Rayuan aktivis cabar kebenaran rancang pembinaan PDF ditolak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *