Saintis bangunkan kaedah sapuan kulit tanpa suntikan untuk hantar insulin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia [TERKINI] Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg Malaysia KPDN laksana Ops Pantau 19 Feb hingga 20 Mac Dunia Seorang maut, 2 cedera dalam insiden tikaman di Osaka, suspek ditahan Advertisement Teknologi Saintis bangunkan kaedah sapuan kulit tanpa suntikan untuk hantar insulin Amanz 15/02/2026 | 12:07 MYT Kaedah baharu ini bertujuan menawarkan alternatif kepada suntikan insulin yang menjadi keperluan kritikal bagi penghidap diabetes, khususnya diabetes Jenis 1. -Foto Amanz PASUKAN penyelidik dari Universiti Zhejiang berjaya membangunkan kaedah penghantaran insulin tanpa jarum melalui sapuan kulit menggunakan polimer khas dikenali sebagai OP.Kaedah baharu ini bertujuan menawarkan alternatif kepada suntikan insulin yang menjadi keperluan kritikal bagi penghidap diabetes, khususnya diabetes Jenis 1.Advertisement Polimer OP berfungsi dengan menembusi lapisan kulit melalui perubahan cas yang berlaku secara semula jadi mengikut perbezaan pH antara permukaan dan lapisan kulit yang lebih dalam.Apabila insulin diikat pada polimer ini, ia mampu meresap ke dalam tubuh tanpa menjejaskan lapisan kulit.Dalam ujian ke atas tikus dan khinzir, insulin yang dihantar menggunakan polimer OP menunjukkan kesan penurunan paras gula dalam darah yang setanding dengan insulin suntikan.Penyelidik bagaimanapun menegaskan bahawa ujian klinikal pada manusia masih diperlukan bagi menentukan dos selamat dan mengesahkan keselamatan jangka panjang.Walaupun kaedah ini menjanjikan pendekatan kurang invasif, penyelidik turut mengingatkan bahawa penghantaran insulin melalui kulit mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diserap berbanding suntikan serta perlu disesuaikan untuk mengelakkan risiko dos berlebihan atau tidak mencukupi.Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature. Topic Berkaitan #suntikan insulin #diabetes #kencing manis #Polimer OP Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia [TERKINI] Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg 5 minutes ago Malaysia KPDN laksana Ops Pantau 19 Feb hingga 20 Mac 15 minutes ago Dunia Seorang maut, 2 cedera dalam insiden tikaman di Osaka, suspek ditahan 29 minutes ago Dunia Palmerston, bekas ‘chief mouser’ Pejabat Luar Britain, kini tiada lagi 31 minutes ago Malaysia Pengagihan air secara berjadual diteruskan di Kluang dan Pontian 42 minutes ago Malaysia Layla Sania mahu bina identiti sendiri, kagumi Shila Amzah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Saintis bangunkan kaedah sapuan kulit tanpa suntikan untuk hantar insulin
