Satu Pokok, Seribu Anak: Teknologi Tisu Kultur Pisang – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, March 20, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Satu Pokok, Seribu Anak: Teknologi Tisu Kultur Pisang Satu Pokok, Seribu Anak: Teknologi Tisu Kultur Pisang by Editor 18/03/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan, Uncategorized 0 0 0 Penulis: Dr. Nurul Nadhirah Othman¹ & Nur Izzatul Syafiqah Mohd Sabri² Pensyarah Kanan, Glami Lemi Biotechnology Research Centre, Universiti Malaya Bayangkan hanya dengan secebis tisu daripada pokok pisang, ribuan anak benih boleh dihasilkan dalam tempoh yang singkat dan semuanya dilakukan di dalam makmal, bukannya di ladang. Inilah kehebatan teknologi bioteknologi tumbuhan yang dikenali sebagai kultur tisu, yang membolehkan anak benih pisang diklon dalam jumlah yang besar serta bebas daripada penyakit. Melalui teknologi ini, petani tidak lagi hanya bergantung kepada kaedah penanaman konvensional menggunakan anak sulur yang mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan tuaian dan menghasilkan bilangan anak pokok yang terhad. Sebaliknya, kultur tisu membuka peluang kepada pengeluaran anak benih yang lebih cepat, seragam dan berkualiti tinggi. Pokok pisang yang dihasilkan melalui kaedah ini sering dikenali sebagai pokok tisu. Kultur tisu merupakan teknik pembiakan mikro, iaitu proses menghasilkan anak pokok baharu menggunakan sebahagian kecil tisu tumbuhan yang dikenali sebagai eksplan. Kebiasaannya, eksplan diambil daripada bahagian tumbuhan yang mempunyai sel yang masih aktif membahagi. Tisu ini kemudiannya dibiakkan dalam medium nutrisi yang steril atau aseptik di dalam makmal bagi membolehkan pertumbuhan berlaku di luar organisma asal. Selain itu, teknik ini juga dikenali sebagai in vitro. Istilah in vitro berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “di dalam kaca”. Ia merujuk kepada proses biologi yang dijalankan di dalam tabung uji atau bekas makmal lain, iaitu di luar organisma asal tetapi dalam persekitaran yang terkawal. Teknologi ini semakin berkembang dalam sektor pertanian moden dan semakin banyak digunakan pada pelbagai tanaman seperti pisang, nanas serta tumbuhan herba. Secara umumnya, teknologi ini bukan sahaja menjimatkan masa dan ruang, malah membantu petani mendapatkan hasil yang lebih baik, cepat dan berkualiti tinggi. Melalui teknik ini, satu pokok mampu menghasilkan ribuan anak pokok, dan semuanya bermula di dalam satu botol kecil di makmal. Prosesnya hanya menggunakan secebis tisu kecil daripada pokok induk. Tisu tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan larutan disinfeksi seperti alkohol, peluntur dan sabun pencuci sebelum dimasukkan ke dalam medium agar. Medium ini biasanya mengandungi campuran sukrosa, air suling serta nutrien yang diperlukan bagi memastikan tisu dapat membesar dengan baik. Medium tersebut akan ditukar secara berkala bagi membolehkan proses penggandaan tisu berlaku dari semasa ke semasa (Gambar 1 a-d). Selepas kira-kira tujuh hingga lapan bulan, anak benih yang dihasilkan dalam jumlah mencukupi akan dipindahkan ke tapak semaian. Sebelum ditanam di ladang, anak pokok ini akan melalui proses aklimatisasi bagi memastikan ia dapat menyesuaikan diri dan terus hidup dengan baik dalam persekitaran luar.Namun tanaman pisang sering menjadi pilihan dalam pengaplikasian teknik ini oleh penyelidik dan pengusaha makmal komersial memandangkan permintaan yang sentiasa tinggi, digemari ramai sering mengalami serangan penyakit yang mampu memusnahkan keseluruhan ladang tanaman. Gambar 1- Perkembangan pembesaran anak pokok pisang. (a) pucuk di peringkat awal pertumbuhan (b) pertumbuhan pucuk setelah disubkultur sehingga 7-8 kali (c) dan (d) pertumbuhan akar selepas dikultur beberapa kali. Mengapa Pisang menjadi Pilihan Buah pisang bukan sahaja popular sebagai sarapan, malah juga sering dijadikan pencuci mulut atau snek ringkas serta menjadi pilihan atlet sukan sebagai sumber tenaga segera. Terdapat pelbagai jenis pisang tempatan di negara kita, antaranya pisang berangan, pisang tanduk, pisang nangka dan banyak lagi. Oleh itu, teknologi kultur tisu digunakan bagi menghasilkan anak pokok yang seragam, bebas penyakit serta dapat dibiakkan dalam jumlah yang banyak. Terdapat pelbagai jenis pisang tempatan di negara kita, antaranya pisang berangan, pisang tanduk, pisang nangka dan banyak lagi. Oleh itu, teknologi kultur tisu digunakan bagi menghasilkan anak pokok yang seragam, bebas penyakit serta dapat dibiakkan dalam jumlah yang banyak. Pisang atau secara saintifik dikenali sebagai Musa sp. merupakan tumbuhan daripada famili Musaceae dan banyak ditanam secara meluas di kawasan tropika. Oleh sebab itu, tanaman pisang sering diusahakan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan pasaran. Pisang merupakan antara buah yang paling banyak dihasilkan dan diperdagangkan di dunia. Negara-negara di Amerika Latin, Kepulauan Caribbean serta beberapa negara di Asia menjadi antara pengeluar dan pengeksport utama buah ini. Malaysia juga tidak ketinggalan dan merupakan antara negara di Asia yang aktif dalam pengeluaran pisang. Pemilihan jenis pisang yang ditanam di Malaysia biasanya bergantung kepada permintaan pengguna, sama ada untuk dimakan segar ataupun diproses menjadi pelbagai produk hiliran seperti kerepek pisang, kek pisang dan pelbagai snek lain. Antara kultivar pisang yang sering ditanam untuk dimakan secara segar ialah pisang mas, pisang berangan, pisang cavendish dan pisang rastali. Manakala bagi tujuan pemprosesan makanan ringan, kultivar seperti pisang nangka, pisang lang, pisang tanduk dan pisang nipah lebih menjadi pilihan. Pada m
Related Posts
2026 dijangka jadi titik perubahan besar pasaran telefon boleh lipat
2026 dijangka jadi titik perubahan besar pasaran telefon boleh lipat
Kisah Marlyn, Lulus S1 Tercepat di UGM Usai Meneliti Peluang Depresi pada Perempuan Menikah
Kisah Marlyn, Lulus S1 Tercepat di UGM Usai Meneliti Peluang Depresi pada Perempuan Menikah
Anchoring, Bias Kognitif yang Sering Dilakukan oleh Pelaku Bisnis
Anchoring, Bias Kognitif yang Sering Dilakukan oleh Pelaku Bisnis
