Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Nahas jalan raya di timur laut Mesir ragut 18 nyawa, tiga cedera Malaysia Anwar mahu RUU had tempoh Perdana Menteri diluluskan segera di Parlimen Politik 'Permohonan ahli Bersatu kembali kepada UMNO diputuskan MKT' – Ahmad Maslan Advertisement Bisnes Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB Bernama 20/02/2026 | 14:38 MYT KUALA LUMPUR: Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mengekalkan asas kewangan yang kukuh serta menawarkan hasil dividen yang menarik, disokong oleh kestabilan geopolitik dan ekonomi negara yang terus merangsang aliran masuk dana asing.MBSB Investment Bank Bhd berkata ia melihat masih terdapat ruang untuk kejutan positif dari segi dividen, dengan kemungkinan beberapa bank tempatan mengumumkan pembayaran lebih tinggi daripada jangkaan.Advertisement Menurut bank pelaburan itu, pasaran kini menumpukan perhatian kepada potensi pengumuman dividen, terutamanya selepas pengumuman dividen khas mengejut oleh CIMB Group Holdings Bhd pada suku lepas menjadi pemangkin utama kepada kenaikan pasaran.“Kami berpendapat masih terdapat potensi kenaikan pada suku ini.”Prospek ekonomi yang kukuh, hasil dividen yang tinggi dengan potensi peningkatan, kualiti aset yang cemerlang serta kestabilan geopolitik yang lebih baik berbanding negara serantau menjadikan bank-bank tempatan kelihatan amat menarik,” katanya dalam satu nota pada Jumaat.Selain itu, bank pelaburan itu berkata panduan yang lebih jelas mengenai pelaksanaan Basel IV dan rangka kerja modal Bank Negara Malaysia (BNM) bagi risiko kredit membolehkan bank-bank menggunakan lebihan modal mereka.“Ini turut disokong oleh nisbah pinjaman terjejas kasar sistem perbankan Malaysia yang kini berada pada tahap terbaik pernah dicatatkan, sekali gus berpotensi membolehkan pengurangan lanjut dalam peruntukan.“Beberapa bank sama ada telah mengumumkan dividen khas atau menyatakan hasrat untuk meningkatkan kadar pembayaran dividen,” katanya.Sementara itu, bank pelaburan berkenaan menjangkakan pendapatan berasaskan fi akan terus memacu pertumbuhan hasil dalam tempoh terdekat, disokong sumbangan lebih kukuh daripada pengurusan kekayaan, bancassurance dan pasaran modal hutang, khususnya apabila prestasi pasaran, pertumbuhan pinjaman dan sentimen ekonomi bertambah baik.“Kami menjangkakan pendapatan pelaburan akan sederhana, susulan penstabilan kadar faedah,” katanya.Bank itu turut menjangka pertumbuhan pinjaman kekal neutral, berikutan pinjaman perniagaan yang semakin menyusut kebelakangan ini serta penurunan berterusan dalam pembiayaan modal kerja.Sementara itu, pertumbuhan pinjaman runcit juga berada pada trajektori menurun sejak beberapa tahun lepas.“Kami melihat kitaran pemulihan sektor pembinaan, kestabilan geopolitik yang lebih baik serta pelaburan langsung asing sebagai pemacu pertumbuhan utama,” katanya.Statistik BNM menunjukkan pinjaman perniagaan masih perlahan kebelakangan ini, meskipun pinjaman pembinaan dan gadai janji bukan kediaman mencatat prestasi yang baik.Pinjaman modal kerja pula terus menguncup sejak dua tahun lepas, khususnya pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencatat penurunan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, katanya.“Kami berpendapat keadaan ini mungkin disebabkan pengukuhan pesat ringgit, yang memberi kesan negatif kepada pengeksport, yang merangkumi sebahagian besar asas PKS,” katanya.Seiring dengan penilaian ini, bank pelaburan itu mengekalkan saranan “positif” terhadap sektor perbankan Malaysia.– BERNAMA Topic Berkaitan #MBSB Investment Bank #sektor perbankan #dividen #Aliran Masuk Asing #Ekonomi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Nahas jalan raya di timur laut Mesir ragut 18 nyawa, tiga cedera few seconds ago Malaysia Anwar mahu RUU had tempoh Perdana Menteri diluluskan segera di Parlimen 11 minutes ago Politik 'Permohonan ahli Bersatu kembali kepada UMNO diputuskan MKT' – Ahmad Maslan 23 minutes ago Malaysia Satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita – Rafizi 40 minutes ago Malaysia Banjir Sabah semakin buruk, sekolah hampir tenggelam 52 minutes ago Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB
