"Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai

"Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal Advertisement Dunia "Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai Bernama 16/02/2026 | 22:58 MYT Kepimpinan Palestin sedang bertindak di “peringkat Arab, Islam dan antarabangsa” untuk berhadapan keputusan Israel yang mendaftarkan tanah Tebing Barat sebagai “harta negara.” – Gambar fail RAMALLAH/ISTANBUL: Kepimpinan Palestin sedang mempertimbangkan “semua pilihan” termasuk merujuk kepada mahkamah antarabangsa, bagi menghalang pengilhakan tanah Palestin oleh Israel, kata seorang pegawai kanan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.“Semua pilihan adalah terbuka, termasuk merujuk kepada mahkamah antarabangsa, bagi melindungi tanah Palestin daripada rampasan dan pengilhakan oleh Israel,” kata Timbalan Menteri Luar Omar Awadallah kepada Anadolu.Advertisement Beliau berkata kepimpinan Palestin sedang bertindak di “peringkat Arab, Islam dan antarabangsa” untuk berhadapan dengan keputusan Israel bagi mendaftarkan tanah Tebing Barat sebagai “harta negara.”“Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki,” kata Awadallah. “Satu-satunya kedaulatan adalah milik Negara Palestin.”Kerajaan Israel pada Ahad meluluskan cadangan yang membenarkan rampasan tanah Palestin di Tebing Barat dengan mendaftarkannya sebagai “harta negara” menandakan langkah pertama seumpamanya sejak Israel menduduki wilayah itu pada 1967.Menurut Channel 7, langkah itu termasuk memulakan prosedur pendaftaran tanah yang sebelum ini dibekukan, membatalkan undang-undang era Jordan yang melarang penjualan tanah, serta mendedahkan rekod tanah yang dirahsiakan selama berdekad-dekad.Rakyat Palestin melihat langkah tersebut sebagai permulaan kepada pengilhakan rasmi Tebing Barat, tindakan yang menurut mereka akan menjejaskan kerangka penyelesaian dua negara yang disokong oleh PBB.Dalam satu ketetapan bersejarah pada Julai 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #palestin #Tebing Barat #israel #Omar Awadallah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 37 minutes ago Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat 45 minutes ago Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal 48 minutes ago Malaysia Keunikan tradisi makan besar lambang perpaduan Malaysia 52 minutes ago Dunia "Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai 1 hour ago Sukan Terengganu jelaskan situasi isu sekatan perpindahan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *