Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025

Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 Advertisement Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 Bernama 25/02/2026 | 21:50 MYT Terdapat penurunan ketara dalam jumlah kes yang dilaporkan bagi penipuan e-dagang, penipuan pekerjaan dan penipuan panggilan rakan palsu. – Gambar hiasan SINGAPURA: Kerugian berkaitan penipuan di Singapura menurun 19 peratus tahun ke tahun kepada S$913.1 juta (S$1=RM3.07) pada 2025 berbanding S$1.11 bilion sebelumnya, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu.Dalam taklimat tahunan mengenai penipuan dan jenayah siber, SPF memaklumkan bahawa jumlah kes penipuan dan jenayah siber turut berkurangan 24.8 peratus kepada 41,974 kes pada 2025 daripada 55,810 kes pada 2024.Advertisement Kes penipuan merangkumi 88.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, bersamaan 37,308 kes pada 2025, susut 27.6 peratus berbanding 51,501 kes pada tahun sebelumnya.”Terdapat penurunan ketara dalam jumlah kes yang dilaporkan bagi penipuan e-dagang, penipuan pekerjaan dan penipuan panggilan rakan palsu.Terdapat juga penurunan ketara dalam jumlah kerugian bagi penipuan menggunakan perisian hasad, penipuan kompromi e-mel perniagaan, penipuan pekerjaan dan penipuan panggilan rakan palsu,” menurut kenyataan itu.Pada 2025, SPF memaklumkan Anti-Scam Command (ASCom) berjaya mendapatkan semula kira-kira S$140.5 juta daripada kerugian, termasuk lebih S$117.7 juta dalam mata wang fiat dan lebih S$22.8 juta dalam mata wang kripto.Selain itu, ASCom bersama rakan kerjasamanya membantu mangsa mengelakkan sekurang-kurangnya S$348 juta potensi kerugian, termasuk lebih S$339.7 juta dalam mata wang fiat dan lebih S$8.8 juta dalam mata wang kripto.Menurut SPF, lima jenis penipuan tertinggi dari segi jumlah kes pada 2025 ialah penipuan e-dagang, penipuan pancingan data, penipuan pekerjaan, penipuan pelaburan dan penipuan penyamaran sebagai pegawai kerajaan.Sementara itu, lima jenis penipuan tertinggi dari segi jumlah kerugian ialah penipuan pelaburan, penipuan penyamaran pegawai sebagai kerajaan, penipuan pekerjaan, penipuan pancingan data dan penipuan kompromi e-mel perniagaan.”Pada 2025, sebanyak 85.2 peratus mangsa penipuan terdiri daripada golongan belia dan individu berusia bawah 65 tahun,” katanya.–BERNAMA Topic Berkaitan #Singapura #SPF #penipuan #kerugian #JENAYAH SIBER Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur 2 minutes ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 3 minutes ago Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 13 minutes ago Malaysia "Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton 20 minutes ago Sukan Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara 22 minutes ago Dunia Saintis guna AI tingkat ketahanan padi terhadap perubahan iklim 28 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *