SPRM minta James Chai segera pulang bantu siasatan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS Malaysia Anugerah Pengakap kukuhkan hubungan Malaysia, Indonesia Advertisement Malaysia SPRM minta James Chai segera pulang bantu siasatan Bernama 06/03/2026 | 19:30 MYT SPRM memaklumkan Chai sehingga kini masih belum memberikan sebarang respons atau membuat sebarang pengaturan untuk tampil membantu siasatan. – Gambar fail PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyeru bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai supaya segera menghubungi pegawai penyiasat serta pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.Dalam kenyataan itu, SPRM memaklumkan Chai sehingga kini masih belum memberikan sebarang respons atau membuat sebarang pengaturan untuk tampil membantu siasatan, walaupun beberapa percubaan telah dibuat oleh pegawai penyiasat untuk menghubungi beliau.Advertisement “Sekiranya James Chai berpendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya ialah tampil memberi kerjasama kepada pegawai penyiasat SPRM, bukannya mengemukakan pelbagai alasan di media massa sambil mengelak daripada berurusan secara langsung dengan proses siasatan,” menurut kenyataan berkenaan.SPRM menegaskan bahawa penjelasan melalui naratif awam dan kenyataan media tidak boleh menggantikan proses perundangan dalam siasatan kes.“Justeru, SPRM menggesa James Chai untuk segera menghubungi pegawai penyiasat dan memaklumkan perancangan beliau untuk pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.Bagaimanapun, SPRM tidak memaklumkan lokasi keberadaan Chai.Sementara itu, SPRM menegaskan bahawa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa penguatkuasaan adalah tanggungjawab asas setiap warganegara apabila diperlukan untuk membantu sesuatu siasatan.Sehubungan itu, SPRM meminta Chai segera menghubungi mana-mana pegawai penyiasat bagi membincangkan pengaturan kepulangannya ke Malaysia untuk rakaman percakapan.Antara pegawai penyiasat yang boleh dihubungi ialah Abdullah Sani A. Latib (+6018-286 8684); Mohd Hafidz Halim (+60 17-504 6503); Ahmad Rizal Samat (+60 13-433 4500); Farahani Fauzi (+60 11-3343 5523) dan Mohamed Ali M. Ahamed Ali (+60 17-300 3699).– BERNAMA Topic Berkaitan #SPRM #James Chai #siasatan #naratif awam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 2 minutes ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 17 minutes ago Malaysia Anugerah Pengakap kukuhkan hubungan Malaysia, Indonesia 32 minutes ago Malaysia Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat – Muhammad Kamil 1 hour ago Malaysia AKM dicadang masukkan elemen penerangan MA63 dalam modul latihan 1 hour ago Politik PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
SPRM minta James Chai segera pulang bantu siasatan
