Sultan Selangor seru rakyat tidak terpengaruh dengan ahli politik tiup api perpecahan

Sultan Selangor seru rakyat tidak terpengaruh dengan ahli politik tiup api perpecahan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal Advertisement Malaysia Sultan Selangor seru rakyat tidak terpengaruh dengan ahli politik tiup api perpecahan Astro Awani 16/02/2026 | 21:17 MYT “Hormatilah perayaan agama dan budaya kaum lain, sebagaimana kita mahu perayaan kita dihormati,” titah baginda. – Facebook Selangor Royal Office. KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan segelintir pihak, khususnya ahli politik yang gemar meniup api perpecahan demi kepentingan sempit.Sempena perayaan Tahun Baru Cina, baginda bertitah, perpaduan yang dibina sekian lama tidak harus digadai oleh retorik yang memecah-belahkan rakyat.Advertisement “Negara ini milik kita bersama, dan keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil toleransi serta kebijaksanaan generasi terdahulu,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.Baginda turut berharap rakyat terus memelihara keharmonian dengan menjadikan nilai kesederhanaan, rasa hormat dan semangat kekitaan sebagai pegangan bersama.“Hormatilah perayaan agama dan budaya kaum lain, sebagaimana kita mahu perayaan kita dihormati,” titah baginda.Baginda menzahirkan harapan agar sambutan tahun ini membawa sinar harapan baharu, memperkukuh perpaduan, serta menambahkan rasa kasih sayang antara semua.Pada masa sama, baginda mengimbas bahawa perayaan Tahun Baru Cina bukan sekadar tradisi turun-temurun, tetapi juga lambang kekayaan budaya dan warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.“Malaysia dibina atas asas kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Kekuatan inilah yang menjadikan kita unik serta dihormati di persada dunia,” titah baginda.Baginda juga mengingatkan rakyat bahawa setiap perayaan harus dijadikan wadah untuk memperkukuh semangat muhibah dan saling menghormati antara semua kaum.“Biarlah kunjungan rumah terbuka, ucapan tahniah dan amalan berkongsi rezeki menjadi bukti keikhlasan kita dalam menghormati kepercayaan dan budaya antara satu sama lain,” titah baginda. Topic Berkaitan #Sultan Selangor #perkauman #perayaan #budaya #Tahun Baharu Cina #perutusan #perpaduan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat 43 minutes ago Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal 47 minutes ago Malaysia Keunikan tradisi makan besar lambang perpaduan Malaysia 50 minutes ago Dunia "Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai 1 hour ago Sukan Terengganu jelaskan situasi isu sekatan perpindahan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *