Sze Fei-Izzuddin sertai kem Piala Thomas, suntikan moral buat Malaysia

Sze Fei-Izzuddin sertai kem Piala Thomas, suntikan moral buat Malaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL Advertisement Sukan Sze Fei-Izzuddin sertai kem Piala Thomas, suntikan moral buat Malaysia Astro Arena 20/02/2026 | 22:52 MYT Perkembangan positif berkenaan disahkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia hari ini. – StadiumAstro SKUAD Piala Thomas negara menerima suntikan moral amat bermakna menjelang kempen di Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini apabila pasangan profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, secara rasmi bersetuju menyertai pasukan kebangsaan bagi menghadapi cabaran pentas dunia itu.Perkembangan positif berkenaan disahkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia hari ini.Advertisement Menurut Rexy, Sze Fei-Izzuddin akan menjalani latihan bersama skuad kebangsaan satu hingga dua kali seminggu sebagai persiapan awal sebelum menyertai kem latihan penuh.“Keutamaan kita adalah memastikan persiapan rapi dapat digerakkan lebih awal dan kombinasi terbaik dapat diperkukuh,” jelasnya.Mengulas pemilihan akhir, Rexy menjelaskan bahawa gandingan Aaron Chia–Soh Wooi Yik, Man-Tee (Man Wei Chong-Tee Kai Wun) serta Sze Fei-Izzuddin berada di kedudukan teratas berdasarkan prestasi semasa.Beliau turut membayangkan kerjasama antara pemain profesional dan skuad kebangsaan ini berpotensi diteruskan sehingga menghadapi Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya.Sementara itu, jurulatih baharu beregu wanita kebangsaan, Mohd Zakry Abdul Latif, meletakkan sasaran untuk melahirkan pasangan bertaraf dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Zakry mahu merapatkan jurang antara pasangan seperti Carmen Ting–Ong Xin Yee serta Low Zi Yu–Noraqilah Maisarah Ramdan dengan gandingan utama negara, Pearly Tan–M. Thinaah yang kini berada dalam kelompok pasangan terbaik dunia.Zakry yakin pengalaman melatih di peringkat universiti, termasuk pendedahan kepada sistem kiraan 15 mata yang dicadangkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), mampu memberi nilai tambah kepada pendekatan latihan.Beliau berharap kaedah latihan yang lebih fokus dan berintensiti tinggi akan membantu membentuk barisan beregu wanita lebih mantap dan kompetitif dalam tempoh terdekat.Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com Topic Berkaitan #skuad piala thomas #denmark #Goh Sze Fei #nur izzuddin rumsani #Rexy Mainaky #badminton Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 4 minutes ago Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura 3 hours ago Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL 3 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 4 hours ago Dunia Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan 4 hours ago Dunia Singapura longgarkan langkah kawalan terhadap wabak virus Nipah susulan situasi kembali stabil 4 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *