Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Thursday, February 26, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik Temubual Saintis Muda: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik by Editor 26/02/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Bicara Saintis 0 0 0 Suatu kejayaan yang membanggakan Malaysia apabila Saintis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila namanya diabadikan pada spesies baharu parasit ikan yang ditemui penyelidik, sekali gus mengharumkan nama negara dalam bidang sains marin dan akuakultur. Penyelidik yang menjalankan kajian tersebut merupakan pelajar PhD, Nadhirah Syafiqah Suhaimi yang baru menamatkan pengajian di Hungary. Beliau juga merupakan alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Spesies parasit ikan itu dinamakan Thelohanellus Borkhanuddini sebagai penghormatan kepada Ketua Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan (RRC), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Prof. Madya Dr. Hafiz Borkhanuddin yang juga bekas Ketua Program Biologi Marin UMT. Penemuan itu diterbitkan jurnal antarabangsa Aquaculture Reports dan mendapat perhatian media sains antarabangsa, sekali gus meletakkan penyelidikan terbabit dalam radar komuniti saintifik global. Selain itu, dalam pengajian beliau turut mengabadikan nama penyelidik UMT Profesor Emeritus Dr. Faizah Mohd Shahrom untuk kajian beliau spesis baharu parasit yang dinamakan sebagai Myxobolus faizahae n. sp. dan diterbitkan di dalam Nature Scientific Reports. MajalahSains mengambil peluang untuk menemubual Nadhirah Syafiqah Suhaimi bagi mengetahui selok belok penyelidikan dan pengalaman beliau semasa menuntut di Hungary. Bahagian 1: Permulaan Asal Minat & Pembentukan Identiti Saintis Penyelidik Bagaimana minat Nadhirah dalam bidang biologi marin bermula? Adakah ia datang daripada pengalaman lapangan, pensyarah, atau bacaan tertentu? Semenjak kecil saya sememangnya menyukai haiwan dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan. Saya juga banyak dipengaruhi oleh rancangan seperti National Geographic dan Discovery Channel, yang sering memaparkan dokumentari tentang hidupan liar dan ekosistem marin. Walaupun saya tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan veterinar, saya memilih Biologi Marin di peringkat prasiswazah kerana ia masih membolehkan saya mendalami kajian tentang haiwan dan ekosistem akuatik, selaras dengan minat dan aspirasi saya sejak kecil. Pada peringkat awal pengajian, adakah Nadhirah memang cenderung kepada kesihatan haiwan akuatik dan parasitologi, atau minat itu berkembang kemudian? Ya, saya memang sudah cenderung kepada bidang kesihatan akuatik sejak peringkat Diploma Perikanan di UMT lagi. Subjek seperti Parasitologi, Bakteria dan Virus merupakan antara subjek kegemaran saya, dan saya juga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek-subjek tersebut. Dari situ minat saya terhadap kesihatan haiwan akuatik dan parasitologi semakin berkembang. Siapakah individu atau pengalaman yang paling membentuk cara Nadhirah melihat sains sebagai kerjaya dan sebagai panggilan hidup? Saya tidak mempunyai individu atau idola tertentu yang membentuk cara saya melihat sains. Bagi saya, setiap penyelidik memberi inspirasi kerana masing-masing mempunyai kepakaran, pengalaman dan cara berfikir yang berbeza dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Melihat komitmen dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing membuatkan saya lebih menghargai sains sebagai satu kerjaya dan juga satu tanggungjawab. Oleh itu, saya memilih untuk menjadi seorang penyelidik supaya suatu hari nanti penyelidikan saya juga mungkin boleh menjadi rujukan dan memberi manfaat kepada generasi akan datang. Apakah cabaran paling besar ketika mula terlibat dalam penyelidikan? Dari segi teknikal, keyakinan diri, atau budaya makmal? Antara cabaran paling besar ketika mula terlibat dalam penyelidikan ialah dari segi keyakinan diri dan kemahiran teknikal. Pada peringkat awal, saya masih menyesuaikan diri dengan prosedur makmal dan teknik-teknik baharu, jadi saya perlu belajar dengan cepat dan lebih teliti. Selain itu, saya juga perlu membina keyakinan untuk bertanya soalan, berbincang idea dan menerima teguran daripada penyelia. Namun, pengalaman tersebut banyak membantu saya menjadi lebih berdikari, yakin dan sistematik dalam menjalankan penyelidikan. Saya sangat berterima kasih kepada pasukan saya di Hungary kerana saya dikelilingi oleh peneraju dan pakar dalam parasit Myxozoan. Walaupun penyeliaan diberikan secara minimal, mereka tetap mempercayai kebolehan saya, yang memberi motivasi dan keyakinan untuk berkembang sebagai penyelidik. Bahagian 2: Pengalaman di Hungary – Penerokaan Penyelidikan Saintifik Bagaimana peluang untuk menjalankan penyelidikan di Hungary itu muncul? Apa yang membuatkan Nadhirah berani melangkah ke luar negara? Peluang untuk menjalankan penyelidikan di Hungary bermula apabila suami saya menerima biasiswa dan tempat pengajianPhD di sana. Pada awalnya, saya ke sana kerana tidak mahu berjauhan, dan saya membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian PhD saya di UMS ketika itu. Namun, sepanjang berada di sana, saya telah diberi peluang oleh penyelia dan kumpulan
Related Posts
JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas
JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas
Mayat pelajar warga Myanmar dijumpai terdampar di Pantai Batu Buruk
Mayat pelajar warga Myanmar dijumpai terdampar di Pantai Batu Buruk
Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu
Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu
