Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air

Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air Advertisement Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air Bernama 17/02/2026 | 12:45 MYT Orang ramai yang hadir sempena perasmian Galeri Seni Raja Shahriman di Bukit Chandan baru-baru ini. – Foto Bernama KUALA KANGSAR: Deretan arca besi  di Galeri Seni Raja Shahriman di Bukit Chandan menyimpan kisah tiga dekad pengorbanan, ketekunan dan kecintaan seorang anak seni yang cekal mengangkat warisan tanah air ke persada dunia melalui kehalusan dan kekuatan seni arca.Bagi Raja Shahriman Raja Aziddin, 59, pembukaan galeri itu baru-baru ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga sebuah ruang untuk masyarakat mendekati seni arca sebagai medium komunikasi visual yang sarat dengan nilai, budaya dan makna warisan tempatan.Advertisement Dibuka kepada umum secara percuma, artis itu berkata galeri tersebut menempatkan lebih 20 karya unik beliau dengan masing-masing membawa cerita tersendiri, termasuk berkaitan budaya Melayu dan warisan tempatan.“Galeri ini adalah manifestasi perjalanan seni saya selama lebih 30 tahun. Ia bukan sahaja tentang keindahan rupa bentuk, tetapi juga mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat tentang nilai seni dan warisan.“Saya juga mahu masyarakat tahu bahawa seni arca ini istimewa dan merupakan satu daripada kaedah komunikasi yang disampaikan secara visual kepada umum,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Perasmian Galeri Seni Raja Shahriman itu, di sini baru-baru ini. Image Pengerusi Tourism Perak Datuk Mohd Kamil Shafie (lima, kiri) bersama pengarca terkenal, Raja Shahriman Raja Aziddin (empat, kiri) menyempurnakan perasmian Galeri Seni Raja Shahriman di Bukit Chandan baru-baru ini. – Foto Bernama Raja Shahriman yang merupakan satu-satunya pengarca tempa besi di Malaysia, pernah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui dua kerja tangan beliau yang ditempatkan di Fukuoka Art Museum, Jepun pada 1996.Anak kelahiran Kuala Kangsar itu berkata kewujudan galeri berkenaan juga bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda dan masyarakat untuk mengenali keistimewaan seni arca tempatan dan seterusnya membantu menyumbang kepada perkembangan positif seni kreativiti tempatan, sekali gus memastikan warisan budaya terus dipelihara dan dihargai oleh pelbagai lapisan masyarakat.“Saya akui bidang ini kurang peminat atau pengikutnya, namun ia mempunyai nilai estetika dan mesej yang mendalam. Kita mahu masyarakat terutamanya generasi muda, menghargai seni arca bukan sekadar sebagai hobi tetapi sebagai medium komunikasi dan warisan budaya yang berharga,” katanya.Sementara itu, Pegawai Eksekutif Think City Faeedz Saidi Othman berkata sebanyak RM90,000 diperuntukkan bagi pembinaan galeri hasil kerjasama Yayasan Hasanah dan Think City di bawah program Kuala Kangsar Sustainable Community Development (KKSED).Beliau berkata pemilihan Raja Shahriman di bawah program KKSED mampu memberi nilai tambah dalam pemerkasaan warisan budaya, mewujudkan komuniti setempat yang lebih berdaya tahan dari segi kualiti hidup, ekonomi dan budaya berdasarkan kemampuan dan potensi dimiliknya.“Kita juga berharap usaha ini akan membuka ruang kepada pembangunan ekonomi melalui aktiviti kreatif dan pelancongan berasaskan seni dan budaya,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Raja Shahriman Raja Aziddin #Galeri Seni Raja Shahriman #Kuala Kangsar #arca #Seni #karya #warisan #budaya Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu few seconds ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 2 minutes ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 13 minutes ago Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air 32 minutes ago Malaysia Isu sistem bunyi, penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella buat laporan polis 38 minutes ago Sukan LaLiga: Girona lakar kejutan, tumbangkan Barcelona! 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *