[TERKINI] Konflik Asia Barat: 170 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [LANGSUNG] Ikuti Sidang Media Khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Dunia Ancaman keselamatan di Selat Hormuz akibat serangan AS-Israel, Iran beritahu India Malaysia Lokasi tanah runtuh diisytihar kawasan bencana, satu PPS dibuka Malaysia PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan Advertisement Malaysia [TERKINI] Konflik Asia Barat: 170 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air Ernalisa Othman 11/03/2026 | 13:35 MYT Sekumpulan 163 rakyat Malaysia yang terkandas di zon Asia Barat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kira-kira 12.32 tengah hari Rabu. – Foto Astro AWANI/Shahir Omar SEPANG: Sekumpulan 170 rakyat Malaysia yang terkandas di rantau Asia Barat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), di sini kira-kira 12.32 tengah hari Rabu.Selain rakyat Malaysia, turut tiba adalah tujuh ahli keluarga bukan warganegara Malaysia, termasuk dari Thailand, Indonesia dan Maghribi yang tiba menerusi penerbangan khas MH8503 yang berlepas dari Jeddah pukul 10.20 malam tadi.Advertisement Kumpulan ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang terkandas sewaktu menunaikan ibadah umrah di Arab Saudi selain rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan dan Syria yang terjejas akibat gangguan penerbangan serta penutupan ruang udara di rantau tersebut.Operasi membawa pulang ini diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sokongan Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Perwakilan Malaysia di luar negara bagi memastikan semua penumpang dapat dipindahkan dengan selamat.Difahamkan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah turut membantu pendaftaran penumpang dan pemindahan darat dari Madinah.Manakala Kedutaan Malaysia di Doha dan Amman menyelaras pemindahan rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan, dan Syria.Penumpang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, antara 4 hingga 88 tahun, termasuk kanak-kanak, pelajar, dan warga emas.Sebilangan besar rakyat Malaysia telah mendaftar minat untuk operasi evakuasi, namun sesetengahnya pulang melalui penerbangan komersial lain selepas ruang udara dibuka semula.Operasi ini menunjukkan kerjasama erat antara agensi kerajaan, syarikat penerbangan dan Perwakilan Malaysia di lapangan, dengan tujuan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara sepanjang proses pemulangan. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #rakyat Malaysia #KLIA #Majlis Keselamatan Negara #operasi evakuasi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ancaman keselamatan di Selat Hormuz akibat serangan AS-Israel, Iran beritahu India 4 minutes ago Malaysia Lokasi tanah runtuh diisytihar kawasan bencana, satu PPS dibuka 19 minutes ago Malaysia PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan 34 minutes ago Malaysia Saman fitnah: Rita Rudaini perlu fail pembelaan 6 April 49 minutes ago Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang 1 hour ago Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
[TERKINI] Konflik Asia Barat: 163 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air
