Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz

Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Dr Dzulkefly sebak kecekalan ibu tunaikan hasrat anak dermakan organ Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Bernama 25/03/2026 | 00:00 MYT Thailand telah mendapat kebenaran daripada Iran bagi membolehkan sebuah daripada kapal tangki minyaknya melalui Selat Hormuz susulan penyelarasan antara kedua-dua negara. – Gambar fail BANGKOK: Thailand telah mendapat kebenaran daripada Iran bagi membolehkan sebuah daripada kapal tangki minyaknya melalui Selat Hormuz susulan penyelarasan antara kedua-dua negara.Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow berkata Kementerian Luar telah menyerahkan nama dua buah kapal – satu milik Bangchak Corporation dan sebuah lagi dikendalikan oleh SCG Chemicals – kepada pihak berkuasa Iran.Advertisement Beliau berkata Iran telah memberikan pelepasan kepada kapal tangki minyak Bangchak untuk melalui Selat Hormuz dan kembali ke Thailand.”Difahamkan pada 23 Mac bahawa kapal Bangchak telah selamat melepasi Selat Hormuz dan kini dalam pelayaran pulang ke Thailand.”Pihak berkuasa Thailand juga sedang mengusahakan kebenaran serupa untuk kapal SCG Chemicals selepas menyerahkan butiran berkaitan kepada Iran,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat media pada Selasa.Mengenai usaha membantu tiga anak kapal warga Thailand daripada kapal kargo Mayuree Naree, Sihasak berkata pihak berkuasa masih berharap ketiga-tiga warga negara itu masih hidup, namun pengesahan perlu diperoleh daripada pegawai Iran atau Oman.Beliau berkata kementerian dimaklumkan pada pagi Selasa bahawa Iran dan Oman telah menjalankan operasi bersama untuk menaiki kapal berkenaan.”Pihak berkuasa telah sampai ke kapal terbabit dan berjaya menghubungi ketiga-tiga anak kapal, walaupun keadaan mereka masih belum dapat disahkan dan sedang dalam proses pengesahan,” katanya.Pada 11 Mac, kapal kargo yang mengibarkan bendera Thailand itu telah diserang di Selat Hormuz, menyaksikan 20 anak kapal berjaya diselamatkan manakala tiga lagi dilaporkan hilang.Menurut laporan, Mayuree Naree telah berlepas dari Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dalam pelayaran ke Pelabuhan Kandla di Gujarat, India, apabila ia terkena bedilan yang mencetuskan letupan di bahagian buritan dan bilik enjin serta mengakibatkan kebakaran.Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak ketika konflik semakin sengit di sekitar laluan air strategik berkenaan, yang membawa sebahagian besar penghantaran minyak global.– BERNAMA Topic Berkaitan #selat hormuz #konflik Asia Barat #Iran #Thailand Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Dr Dzulkefly sebak kecekalan ibu tunaikan hasrat anak dermakan organ 42 minutes ago Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 46 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 47 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 1 hour ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *