Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu

Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 Advertisement Dunia Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu Bernama 19/03/2026 | 23:45 MYT Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac). – Gambar hiasan/Bernama KUALA LUMPUR: Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac).Di SINGAPURA, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang dipersetujui oleh MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura), anak bulan Syawal berada terlalu rendah di ufuk Singapura ketika matahari terbenam pada Khamis dan tidak dapat dilihat.Advertisement “Ini bermakna esok (Jumaat) melengkapkan bulan Ramadan selama 30 hari bagi kami di Singapura, dan permulaan bulan Syawal bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya dalam klip video yang dimuat naik di laman web Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis.Di JAKARTA, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasruddin Umar berkata tarikh 1 Syawal ditentukan menerusi sidang isbat pada Khamis selepas hilal tidak kelihatan di seluruh negara berdasarkan kedua-dua kaedah pengiraan astronomi (hisab) dan cerapan (rukyah).Berdasarkan data hisab, beliau berkata hilal tidak memenuhi kriteria penglihatan yang ditetapkan oleh MABIMS, iaitu piawaian serantau yang diguna pakai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, yang memerlukan paras ketinggian bulan serta jarak sudut tertentu bagi mengesahkan kenampakan.Di BANGKOK, Sheikhul Islam Thailand Arun Boonchom mengumumkan menerusi siaran langsung Facebook bahawa umat Islam di negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu selepas anak bulan tidak kelihatan selepas matahari terbenam pada Khamis.Majlis Islam di 40 wilayah telah menjalankan cerapan anak bulan pada Khamis.Thailand mempunyai kira-kira 10 juta umat Islam, kebanyakannya menetap di wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat.Sementara itu, Kemboja turut menyertai negara jiran dalam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.Mufti Besar Kemboja merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja Kamaruddin Yusof membuat pengumuman itu pada Khamis.– BERNAMA Topic Berkaitan #Aidilfitri #anak bulan #negara jiran #Astronomi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP 32 minutes ago Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian 1 hour ago Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia 1 hour ago Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola 2 hours ago Bisnes Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *