Vaksin Denggi, Kadar Perlindungan dan Kebimbangan Orang Ramai – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Monday, March 23, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Vaksin Denggi, Kadar Perlindungan dan Kebimbangan Orang Ramai Vaksin Denggi, Kadar Perlindungan dan Kebimbangan Orang Ramai by Editor 23/03/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Dr. Ting Choo Yuen Pensyarah Kanan, Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Demam denggi merupakan penyakit jangkitan virus yang disebabkan oleh salah satu daripada empat jenis virus denggi: DENV-1, DENV-2, DENV-3, atau DENV-4. Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina. Pada masa kini, penyakit denggi dikategorikan sebagai antara penyakit bawaan nyamuk yang paling cepat merebak di seluruh dunia (Cucunawangsih & Lugito, 2017). Walaupun pelbagai usaha kawalan nyamuk telah dilakukan, jumlah kes denggi masih meningkat dan berubah-ubah setiap tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan ini ialah suhu yang semakin panas dan peningkatan hujan akibat perubahan iklim, rintangan nyamuk terhadap racun serangga, keupayaan nyamuk menyesuaikan diri di kawasan bandar, serta masalah kebersihan dan sanitasi yang kurang baik (Colón-González, F. J. 2013). Sehingga hari ini, terdapat dua vaksin denggi utama yang telah diluluskan untuk digunakan, iaitu Dengvaxia (CYD-TDV) dan Qdenga (TAK-003). Kedua-dua vaksin ini dihasilkan untuk memberi perlindungan terhadap keempat-empat jenis virus denggi. Dengvaxia mula diluluskan pada Disember 2015 di Mexico, dan kemudian di beberapa negara Asia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan tiga dos vaksin Dengvaxia untuk individu berumur 9 hingga 45 tahun yang tinggal di kawasan yang mempunyai kes denggi yang tinggi (Halstead, S. B. (2016). Sementara itu, vaksin denggi yang lebih baharu, Qdenga (TAK-003), juga merupakan vaksin hidup yang telah dinyahaktifkan dan memberi perlindungan terhadap keempat-empat jenis virus denggi. Vaksin ini mula diluluskan dan dipasarkan di negara ASEAN, iaitu Indonesia pada Ogos 2022. Selepas itu ia dilancarkan di Thailand dan Vietnam (Mei 2024) serta Malaysia pada 11 Jun 2024. Vaksin Dengvaxia (CYD-TDV): Kebimbangan Keselamatan pada Vaksin Semasa kajian klinikal Fasa III, vaksin Dengvaxia pada mulanya mendapat sambutan yang sangat baik. Namun kemudian timbul kebimbangan berkaitan keselamatannya. Vaksin ini didapati memberi manfaat kepada individu yang pernah dijangkiti denggi sebelum ini. Tetapi bagi mereka yang belum pernah dijangkiti denggi, vaksin ini boleh meningkatkan risiko mendapat denggi yang lebih teruk jika mereka dijangkiti kemudian. Golongan yang belum pernah dijangkiti denggi dan menerima vaksin ini didapati lebih berkemungkinan dimasukkan ke hospital berbanding mereka yang tidak divaksin. Keadaan ini berkait dengan tindak balas sistem imun badan yang dikenali sebagai antibody-dependent enhancement (ADE), yang boleh berlaku semasa jangkitan denggi seterusnya (Aguiar & Stollenwerk, 2018). Laporan mengenai peningkatan risiko denggi yang kritikal ini telah mengurangkan keyakinan awam terhadap program vaksinasi denggi. Kontroversi ini juga mendedahkan kelemahan dalam sistem pemantauan keselamatan vaksin serta penyampaian maklumat risiko kepada masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, sistem pelaporan keselamatan vaksin yang berkesan sangat penting. Antaranya termasuk pemantauan aktif selepas vaksin diluluskan, kerjasama antarabangsa untuk berkongsi data keselamatan, serta penyiasatan segera terhadap sebarang kesan sampingan yang dilaporkan. Maklumat yang tepat dan cepat juga perlu disampaikan kepada orang ramai dan pembuat dasar. Selain itu, pemantauan jangka panjang terhadap individu yang telah divaksin juga penting bagi mengesan sebarang kesan lewat. Namun begitu, pengalaman lalu ini tidak sepatutnya menimbulkan ketakutan berpanjangan terhadap semua vaksin denggi. Kemajuan sains telah menghasilkan vaksin yang lebih selamat serta perlindungan yang lebih luas, maka memberi harapan baharu dalam usaha melawan denggi. Vaksin Qdenga (TAK-003): Perkembangan Vaksin Denggi Baharu Qdenga (TAK-003) yang dihasilkan oleh Takeda Pharmaceutical Company ialah vaksin denggi generasi baharu. Ia diberikan dalam dua dos dan diluluskan untuk individu berumur 4 tahun ke atas. Vaksin ini memberi perlindungan terhadap keempat-empat jenis virus denggi. Satu kelebihan utama vaksin ini ialah ianya sesuai untuk individu yang tidak pernah dijangkiti denggi sebelum ini. Pada masa ini, Qdenga telah diluluskan di beberapa wilayah termasuk Indonesia, Eropah, dan Malaysia. Laporan kajian klinikal menunjukkan bahawa Qdenga (Tak-003) mempunyai keberkesanan jangka panjang dan profil keselamatan yang baik. Dalam kajian susulan selama 4.5 tahun melibatkan kajian klinikal Fasa III yang menyeluruh, vaksin ini terbukti dapat memberi perlindungan terhadap keempat-empat jenis virus denggi dalam individu yang pernah dijangkiti denggi sebelum ini, dengan keberkesanan kira-kira 64%. Bagi individu yang belum pernah dijangkiti denggi, vaksin ini terbukti memberi perlindungan terhadap denggi jenis 1 dan 2, dengan keberkesanan kira-kira 54% (Tricou V, Yu D et al 2024). Vaksin ini juga mengurangkan kemasukan hospital akibat demam denggi sebanyak 84% secara keseluruhan. Untuk individu yang pernah dijangkit denggi, pengurangan risiko kemasukan hospital akibat deman denggi adalah kira-kira 86%, manakala 79% untuk mereka yang belum pernah dijangkiti. Perlindungan daripada dua dos vaksin ini juga didapati boleh bertahan sehingga 4.5 tahun. Satu lagi kelebihan penting ialah vaksin ini sesuai untuk orang dewasa dan j
Related Posts
Bagaimana Berita Pendidikan Terkini Mempengaruhi Kebijakan Sekolah?
Bagaimana Berita Pendidikan Terkini Mempengaruhi Kebijakan Sekolah?
Anthropic Kena Blacklist Pentagon, Claude AI 'Meledak' di iPhone
Anthropic Kena Blacklist Pentagon, Claude AI 'Meledak' di iPhone
Peneliti BRIN Temukan Spesies Keong Baru Endemik Sumatra Selatan
Peneliti BRIN Temukan Spesies Keong Baru Endemik Sumatra Selatan
