Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu

Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi Advertisement Politik Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu Sinar Harian 16/02/2026 | 12:05 MYT Wan Saiful berkata, beliau telah pun menghantar surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut. – Foto Sinar Harian SHAH ALAM: Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menarik balik rayuan yang dikemukakan sebelum ini berhubung hukuman pemecatan yang dikenakan terhadapnya.Wan Saiful berkata, beliau telah pun menghantar surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut..Advertisement “Untuk menutup topik ini, saya mahu sebutkan satu perkara. Antara tuduhan kesalahan saya ialah mengusahakan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif dan lanjutannya ialah Majlis Presiden dalam Perikatan Nasional (PN).“Perkara yang sama dilakukan oleh Muhyiddin hari ini. Inilah perkara yang dia tulis dalam suratnya kepada Presiden-Presiden parti dalam PN.“Inilah hipokrasi Muhyiddin dan penjilatnya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.Selain Wan Saiful, tiga pemimpin Bersatu lain yang dipanggil ialah Ketua Bahagian Ampang, Mohd Isa Saidi; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; dan Ketua Bahagian Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail.Mereka didakwa terlibat dalam pengumpulan SD dalam kalangan ketua bahagian Bersatu di seluruh negara bagi mengusulkan perbincangan mengenai langkah transisi kepimpinan parti kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Pada Jumaat, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026 dengan rujukan BERSATU/LD/RPT/108/25.Menerusi notis berkenaan, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 12 Februari 2026.Menurut notis itu, keputusan pemecatan dibuat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan Hamzah yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan. – Sinar Harian    Topic Berkaitan #Wan Saiful Wan Jan #Bersatu #tarik balik #rayuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu few seconds ago Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok 2 minutes ago Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi 20 minutes ago Malaysia Op E‑Cig Mega: Polis rampas rokok elektronik bernilai RM8.87 juta 40 minutes ago Bisnes Arora Beauty Spa perluas penjagaan kulit wajah holistik berasaskan analisis dan sains 43 minutes ago Malaysia Mindef runding pembekuan dana ATM, operasi kekal terjamin – Khaled 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *