World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11

World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA Advertisement Malaysia World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11 Sinar Harian 11/03/2026 | 11:55 MYT Peserta mula memenuhi ruang masjid sempena World #Quran Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, di sini, pada Rabu. – Foto Sinar Harian GOMBAK: Program World #QuranHour (WQH) 2026 memasuki tirai penganjurannya yang ke-11, berlintas langsung selama satu jam dari lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.Dengan tema ‘Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia’ dan pertama kali dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris, program tahunan itu memfokuskan Surah Al-Muzzammil sebagai surah tema.Advertisement Pekarangan masjid mula dipenuhi orang ramai termasuk tetamu jemputan sejak jam 9 pagi tadi.Penganjuran kali ini amat bermakna apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke WQH 2026.Keberangkatan baginda cukup signifikan dalam usaha menyokong, menyemarakkan budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kalangan masyarakat.Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; Rektor UIAM, Profesor Emiritus Datuk Dr Osman Bakar dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub.Seramai 13 diplomat dan wakil kedutaan dari 13 negara bakal menyerikan lagi penganjuran World #QuranHour tahun ini antaranya Oman, Tajikistan, Rusia, Jordan, Iran, Afghanistan serta Iraq.WQH 2026 dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dengan kerjasama UIAM selaku rakan penganjur.Kali ini menandakan tahun ke-7 UIAM menjadi tuan rumah bagi penganjuran WQH.Sinergi berterusan antara WUIF dan UIAM bukan sahaja memperkukuhkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional, tetapi juga memperluas impaknya secara global.Program ini turut mendapat sokongan rakan sinergi seperti Islamic Tourism Centre (ITC), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Kumpulan Karangkraf, Sinar Karangkraf, Rasuah Buster, Karya Bestari, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, serta badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.Astro Oasis bertindak selaku penyiar utama, manakala rakan media yang turut menyokong World #QuranHour 2026 termasuk Sinar Harian, Sinar Islam, NU Ideaktiv, Media Prima, TV9, RTM, TV AlHijrah, Astro Awani, Bernama, IKIMFM, TVIKIM, Zayan, MYTV Broadcasting, dan Denaihati.com.Tahun ini, penganjuran WQH dijangka berlangsung di 696 lokasi di seluruh Malaysia, serta 13 lokasi di luar negara, termasuk di Kedutaan Malaysia di Doha, Paris, Vietnam dan Belanda, Masjid PUSDAI Bandung, Indonesia, Rumah Ngaji Mekah, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City serta Amerika Syarikat (AS).Penyertaan ini mencerminkan bagaimana gelombang penghayatan al-Quran yang bermula dari Malaysia kini semakin berkembang merentasi sempadan negara. – Sinar Harian  Topic Berkaitan #Surah al-Muzzammil #World #QuranHour #Universiti Islam Antarabangsa Malaysia #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang 11 minutes ago Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal 21 minutes ago Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA 36 minutes ago Malaysia Jajaran sisihan ECRL ke Pelabuhan Kuantan siap hujung tahun ini  51 minutes ago Malaysia Agong berkenan tunai zakat RM10 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *