Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar

Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu Dunia Dunia perlu bertindak segera hentikan genosid di Gaza – Thiago Avila Malaysia Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR Advertisement Dunia Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar Astro AWANI 12/04/2026 | 15:40 MYT Pemergian Asha Bhosle pada usia 92 tahun mengulangi duka kehilangan kakaknya, Lata Mangeshkar, yang meninggal dunia pada 2022. DUNIA seni dan hiburan India kehilangan seorang lagi permata tidak ternilai apabila penyanyi legenda Asha Bhosle meninggal dunia pada usia 92 tahun di Hospital Breach Candy, Mumbai.Memetik laporan agensi NDTV, Asha, meninggal dunia akibat serangan jantung. Advertisement Pemergian adik kepada seorang lagi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar yang meninggal dunia pada 2022, menandakan berakhirnya satu era keemasan muzik India yang dibentuk oleh suara-suara ikonik selama lebih setengah abad.Asha dilahirkan pada 8 September 1933 di Sangli, Maharashtra, dalam keluarga seni Mangeshkar yang terkenal. Mewarisi bakat dari ayahnya yang juga penyanyi klasik terkenal Pandit Deenanath Mangeshkar, Asha mula menyanyi seawal usia kanak-kanak selepas kematian bapanya demi membantu menyara keluarga.Beliau memulakan kerjaya rakaman pada awal 1940-an dan secara konsisten aktif selama lebih tujuh dekad, satu pencapaian luar biasa dalam industri hiburan.Asha dikenali sebagai antara penyanyi paling prolifik dalam sejarah muzik dunia. Sepanjang kerjayanya, beliau merakamkan lebih 12,000 lagu dalam lebih 20 bahasa, termasuk Hindi, Marathi, Bengali, Tamil, Telugu dan beberapa bahasa asing.Keupayaan vokalnya yang luar biasa membolehkan beliau menguasai pelbagai genre, daripada lagu klasik, ghazal dan bhajan, sehinggalah pop, cabaret dan lagu eksperimental, menjadikannya unik berbanding penyanyi lain pada zamannya.Pada 2011, beliau diiktiraf Guinness World Records sebagai artis dengan jumlah rakaman terbanyak dalam sejarah muzik.Pada peringkat awal kerjaya, Asha sering diberikan lagu-lagu bercorak ceria, berani dan cabaret, yang akhirnya menjadi identiti tersendiri beliau. Lagu-lagu seperti Dum Maro Dum, Piya Tu Ab To Aaja dan Yeh Mera Dil terus menjadi siulan hingga ke hari ini.Namun, Asha tidak pernah terhad kepada satu genre. Kejayaannya menyampaikan lagu ghazal seperti Dil Cheez Kya Hai (Umrao Jaan) dan Mera Kuch Saamaan (Ijaazat) membuktikan keupayaannya sebagai penyanyi versatil, malah menang beberapa anugerah kebangsaan.Nama Asha amat erat dengan komposer legenda Rahul Dev Burman (R.D. Burman), yang juga merupakan suaminya. Kerjasama mereka melahirkan ratusan lagu ikonik yang membentuk landskap muzik Bollywood era 1960-an hingga 1980-an.Gabungan suara Asha yang ekspresif dan komposisi eksperimen R.D. Burman mencipta bunyi baharu yang kekal relevan sehingga kini.Di sebalik kejayaan seni yang gemilang, kehidupan peribadi Asha turut diwarnai cabaran besar, termasuk perkahwinan yang sukar, tekanan hidup awal sebagai ibu muda, serta tragedi kehilangan anak perempuannya, Varsha Bhosle, pada 2012.Namun demikian, Asha dikenang sebagai figura cekal yang tidak pernah menjauhkan diri daripada muzik, bahkan terus aktif menyanyi dan membuat persembahan sehingga usia lanjut.Sepanjang hayatnya, Asha menerima pelbagai anugerah tertinggi India, antaranya Dadasaheb Phalke Award (2000); Padma Vibhushan (2008); dua Anugerah Filem Kebangsaan India; lapan. Anugerah Filmfare, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang HayatPemergian Asha disifatkan bukan sekadar kehilangan seorang penyanyi, tetapi simbol penutupan generasi emas muzik India, selepas kepergian tokoh-tokoh besar seperti Lata Mangeshkar, Mohammed Rafi dan Kishore Kumar.  Topic Berkaitan #Asha Bhosle #Lata Mangeshkar #meninggal dunia #Bollywood Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu 10 minutes ago Dunia Dunia perlu bertindak segera hentikan genosid di Gaza – Thiago Avila 30 minutes ago Malaysia Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR 35 minutes ago Malaysia KETENGAH berpotensi sebagai pemacu utama pembangunan wilayah mampan – Ahmad Zahid 45 minutes ago Malaysia Piala Thomas: Zii Jia mampu suntik semangat skuad negara di Horsens – Rashid 1 hour ago Dunia Kanada ikrar kurangkan kebergantungan terhadap AS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *