Raja Charles tidak akan bertemu mangsa Epstein semasa lawatan ke Amerika Syarikat

Raja Charles tidak akan bertemu mangsa Epstein semasa lawatan ke Amerika Syarikat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye Advertisement Dunia Raja Charles tidak akan bertemu mangsa Epstein semasa lawatan ke Amerika Syarikat Agensi 15/04/2026 | 07:20 MYT Lawatan Raja Charles ke Amerika Syarikat berlangsung ketika hubungan negara itu dan UK tegang, termasuk berhubung pertikaian berkaitan perang dengan Iran. – Gambar fail LONDON: Tiada pertemuan akan diadakan antara Raja dan Permaisuri England dengan mangsa pesalah seks Jeffrey Epstein semasa lawatan negara ke Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini, menurut sumber Istana Buckingham.Bagaimanapun, dijangkakan Permaisuri Camilla akan bertemu wakil kumpulan yang berkempen menentang keganasan rumah tangga serta keganasan terhadap wanita dalam beberapa acara sepanjang lawatan itu, yang dijadualkan berlangsung dari 27 hingga 30 April.Advertisement Raja Charles dijangka berdepan cabaran diplomatik memandangkan hubungan antara United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat kini tegang, termasuk berhubung pertikaian berkaitan perang dengan Iran.Namun, sumber istana menyatakan, Raja boleh memainkan peranan unik dalam menyokong kerjasama UK-AS yang telah “bertahan merentasi banyak Presiden dan, pastinya, banyak pemerintahan raja.”Seorang jurucakap Pejabat Luar Britain turut menegaskan, lawatan Raja Charles itu boleh membantu mengukuhkan hubungan dua hala serta melindungi manfaat jangka panjang hubungan tersebut.“Jadi ya, kami adalah sekutu rapat, kami memang tidak sependapat dalam beberapa perkara, tetapi itu tidak menjejaskan nilai yang diperoleh oleh kedua-dua pihak daripada hubungan ini sejak berdekad-dekad lamanya,” katanya.Susulan skandal Andrew Mountbatten-Windsor, gesaan semakin meningkat agar pelawat diraja bertemu mangsa Epstein, termasuk daripada Ahli Kongres AS, Ro Khanna, mangsa Epstein, Lisa Phillips, serta keluarga mendiang Virginia Giuffre.Namun, menurut sumber istana, perkara itu tidak dapat dilakukan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan prosiding undang-undang dan menghalang keadilan kepada mangsa.Sumber tersebut berkata: “Kami memahami dan menghargai kedudukan para mangsa, namun hanya mampu menegaskan bahawa pendirian kami jelas — sebarang tindakan yang berpotensi memberi kesan kepada siasatan polis yang sedang berjalan serta penilaian undang-undang, dan sebarang tindakan perundangan yang mungkin timbul daripadanya, akan menjejaskan para mangsa sendiri dalam usaha mereka menuntut keadilan.”Permaisuri Camilla telah lama terlibat dalam kempen menentang keganasan rumah tangga dan satu ucapan terbaharunya dilihat mengandungi rujukan tersirat kepada mangsa Epstein.“Kepada setiap mangsa segala bentuk keganasan, ramai antara anda yang tidak dapat menceritakan kisah masing-masing atau tidak dipercayai, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian,” titah Permaisuri dalam satu majlis di Istana St James.Lawatan negara dilaksanakan oleh Raja bagi pihak kerajaan United Kingdom.Pejabat Luar Britain menyatakan, lawatan ini akan menandakan ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika Syarikat, serta meraikan satu perkongsian berteraskan “kemakmuran, keselamatan dan sejarah bersama.”Trump sering memuji keluarga diraja dan sebelum ini menulis di media sosial bahawa beliau “menantikan masa untuk meluangkan masa bersama Raja, yang amat saya hormati. Ia akan menjadi HEBAT!”Namun, lawatan ini berlangsung ketika hubungan berada pada tahap tegang yang luar biasa, dengan Trump melontarkan kenyataan pedas terhadap Perdana Menteri, Sir Keir Starmer berhubung perbezaan pendapat mengenai perang dengan Iran.Jadual lawatan menunjukkan terdapat peluang terhad bagi media mendengar perbualan tidak dirancang antara Raja dan Presiden AS, di luar ucapan rasmi.Terdapat perbezaan ketara dari segi perwatakan dan sikap antara Trump dan Raja Charles, yang mungkin perlu diketepikan sepanjang lawatan ini.Keir sebelum ini secara terbuka mengakui ketegangan terkini antara Downing Street dan White House.“Perikatan matang bukanlah tentang berpura-pura bahawa perbezaan tidak wujud; sebaliknya ia tentang menanganinya secara terus, berhemah, dan berfokus kepada hasil,” katanya awal tahun ini, merujuk isu tarif AS dan ancaman ke atas Greenland.Butiran lain mengenai lawatan negara yang diumumkan pada Selasa termasuk:Sepanjang dua hari di Washington, Raja Charles dan Permaisuri Camilla akan menghadiri jamuan teh, majlis taman dan perbarisan ketenteraan istiadat. Raja dan Trump akan mengadakan pertemuan tertutup dan Presiden akan menjadi tuan rumah jamuan negara di White House.Semasa di Washington juga, Raja akan berucap di Kongres, yang dijangka menjadi kemuncak diplomatik lawatan.Sementara di New York, acara yang akan dihadiri Raja Charles termasuk lawatan ke tugu peringatan 9/11 untuk bertemu pasukan penyelamat, projek komuniti di Harlem, acara literasi sempena ulang tahun ke-100 Winnie the Pooh, acara perniagaan serta satu majlis sambutan berprofil tinggi.Di Virginia pula, Raja Charles yang juga seorang pencinta alam sekitar akan melawat taman negara, mendalami budaya Appalachian dan menemui komuniti orang asal. Satu majlis komuniti turut diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-250 kemerdekaan.Selepas meninggalkan Amerika Syarikat, Raja Charles dan Permaisuri Camilla akan melawat Bermuda sebelum kembali ke United Kingdom. – Agensi Topic Berkaitan #Raja Charles #Permaisuri Camilla #skandal Epstein #Donald Trump #Lawatan Negara Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan 4 minutes ago Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 14 minutes ago Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun 24 minutes ago Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye 34 minutes ago Dunia Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship 44 minutes ago Sukan Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel pro

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *