KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Skuad sepak takraw Iran tetap mahu beraksi pada Piala Dunia 2026 – Abdul Halim Malaysia Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar Malaysia Kuih tempatan dan reka bentuk: Duta Itali temukan inspirasi dalam kehidupan seharian Malaysia Advertisement Malaysia KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular Astro AWANI 12/04/2026 | 16:00 MYT Tangkap layar video tular di media sosial mendakwa meter di sebuah stesen minyak sekitar Jalan Segambut, Kuala Lumpur masih merekodkan bayaran meskipun tiada diesel yang dikeluarkan daripada nozel. -Foto video tular KUALA LUMPUR: Ketiadaan sistem pengesan isipadu automatik atau ciri automatic cut‑off pada sesetengah stesen minyak dikenal pasti sebagai punca meter pam terus merekodkan bayaran meskipun bekalan diesel telah habis dan tiada lagi bahan api dikeluarkan daripada nozel.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Fuziah Salleh berkata penemuan itu hasil siasatan terhadap satu rakaman video yang tular di media sosial, yang mendakwa bayaran dikenakan walaupun hanya ‘angin’ keluar daripada nozel.Advertisement Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Segambut, di sini, pada Khamis lalu.“Stesen minyak berkenaan bergantung kepada kaedah pemeriksaan manual atau manual dipping untuk menentukan isipadu stok bahan api dalam tangki bawah tanah.“Dalam kes ini, semakan mendapati jumlah sebenar diesel yang diisi pelanggan ialah sebanyak RM232.07,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata pihak stesen minyak telah memulangkan semula bayaran penuh kepada pelanggan terbabit, yang bersetuju dengan kaedah penyelesaian berkenaan.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan pemeriksaan teknikal mendapati semua pam minyak di premis berkenaan masih berada dalam tempoh tentusah yang sah, manakala ujian Sukat Isipadu Cecair (SIC) 20 liter menunjukkan bacaan berada dalam had dibenarkan.Selain itu, semakan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 mendapati lesen Controlled Supply Article (CSA) dan Petroleum Development Act (PDA) stesen berkenaan adalah sah serta masih berkuat kuasa.“Pihak stesen minyak telah diberikan amaran keras supaya meningkatkan pemantauan operasi dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan yang ditetapkan.“Kejadian ini bersifat terpencil dan tidak mencerminkan keadaan keseluruhan sistem bekalan bahan api negara yang kekal stabil dan terkawal,” katanya.Menurut beliau, KPDN akan terus mempergiat pemantauan serta penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan pengguna, selain menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih. Topic Berkaitan #isu stesen minyak #video tular #KPDN #Fuziah Salleh #diesel habis stok #sistem pengesan isipadu automatik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Skuad sepak takraw Iran tetap mahu beraksi pada Piala Dunia 2026 – Abdul Halim 3 minutes ago Malaysia Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar 18 minutes ago Malaysia Kuih tempatan dan reka bentuk: Duta Itali temukan inspirasi dalam kehidupan seharian Malaysia 33 minutes ago Malaysia Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar – Polis 48 minutes ago Malaysia Kerajaan perkukuh campuran tenaga mendepani cabaran cuaca ekstrem – Fadillah 1 hour ago Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
