Dua maut kemalangan lima kenderaan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Skuad sepak takraw Iran tetap mahu beraksi pada Piala Dunia 2026 – Abdul Halim Malaysia Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar Malaysia Kuih tempatan dan reka bentuk: Duta Itali temukan inspirasi dalam kehidupan seharian Malaysia Advertisement Malaysia Dua maut kemalangan lima kenderaan Sinar Harian 12/04/2026 | 14:10 MYT Keadaan Proton Saga yang dinaiki dua mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut. -Foto Polis Lahad Datu LAHAD DATU: Dua wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 14, Jalan Lahad Datu-Tawau di sini pada petang Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu kereta berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala penumpang hadapan kereta sama yang berusia 35 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.Advertisement Penumpang lain yang mengalami kecederaan turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, kemalangan itu melibatkan dua kereta jenis Proton Saga dan Perodua Alza, sebuah motosikal serta sebuah jentera jenis Hitachi.”Hasil siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku semasa Proton Saga yang dipandu wanita berusia 21 tahun bersama enam penumpang dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Bandar Lahad Datu.”Sebaik tiba di lokasi, kereta tersebut disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan dan seterusnya berlanggar dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki.”Impak dari pelanggaran itu menyebabkan lori tersebut termasuk ke lorong bertentangan kemudian melanggar sebuah Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 20 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, kejadian itu turut menyebabkan lori dan Perodua Alza terjatuh ke dalam gaung di kawasan pembinaan jalan Pan Borneo sebelum kenderaan berkenaan melanggar sebuah jentera Hitachi yang tidak bergerak.”Dalam kejadian itu pemandu dan penumpang hadapan Proton Saga hadapan telah disahkan meninggal dunia manakala penumpang bahagian belakang termasuk tiga kanak-kanak dan seorang remaja bersama seorang penunggang motosikal telah dibawa ke ambulans bagi rawatan susulan.”Sementara itu, pemandu lori dan Perodua Alza pula tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.Katanya lagi, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Humaidi Harusn di talian 089-881255 atau ke balai polis berhampiran,” katanya. -Sinar Harian Topic Berkaitan #lahad datu #kemalangan jalan raya #sabah #Proton Saga #Perodua Alza #keselamatan jalan raya #siasatan polis #APJ 1987 Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Skuad sepak takraw Iran tetap mahu beraksi pada Piala Dunia 2026 – Abdul Halim 6 minutes ago Malaysia Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar 21 minutes ago Malaysia Kuih tempatan dan reka bentuk: Duta Itali temukan inspirasi dalam kehidupan seharian Malaysia 36 minutes ago Malaysia Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar – Polis 51 minutes ago Malaysia Kerajaan perkukuh campuran tenaga mendepani cabaran cuaca ekstrem – Fadillah 1 hour ago Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Dua maut kemalangan lima kenderaan
