Ancaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan Kita – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Monday, April 13, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman UtamaSiapa KamiHANTAR ARTIKEL & F.A.QKategoriAlam SemulajadiAstronomi & KosmologiBerita & PeristiwaBicara SaintisSains untuk ManusiaSuara Saintis MudaEventsFeaturedFiksyen, Buku & FilemFizikKimiaKomputer & ITLuar NegaraMatematikPerubatan & KesihatanRencanaSejarah & FalsafahTeknologi & KejuruteraanTempatanTenagaTokohPengiklananSains ShopPengajian TinggiBiografiUmumSiri-Ingin TahuMengapa Sains PentingTokoh Wanita Dalam Bidang SainsKitaran HidupGaya Hidup SihatSains Dalam KehidupanSains Itu MenyeronokkanCareers Laman UtamaSiapa KamiHANTAR ARTIKEL & F.A.QKategoriAlam SemulajadiAstronomi & KosmologiBerita & PeristiwaBicara SaintisSains untuk ManusiaSuara Saintis MudaEventsFeaturedFiksyen, Buku & FilemFizikKimiaKomputer & ITLuar NegaraMatematikPerubatan & KesihatanRencanaSejarah & FalsafahTeknologi & KejuruteraanTempatanTenagaTokohPengiklananSains ShopPengajian TinggiBiografiUmumSiri-Ingin TahuMengapa Sains PentingTokoh Wanita Dalam Bidang SainsKitaran HidupGaya Hidup SihatSains Dalam KehidupanSains Itu MenyeronokkanCareers No Result View All Result No Result View All Result Ancaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan KitaAncaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan Kita by Editor 30/03/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0Oleh: Ts. Dr. Nurjannah Salim Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)Kita sering diingatkan bahawa pemakanan yang sihat bermula daripada pilihan yang bijak. Namun, dalam dunia moden yang semakin kompleks, persoalannya bukan lagi sekadar apa yang kita makan, tetapi apa yang tersembunyi di dalamnya. Tanpa kita sedari, zarah plastik bersaiz mikroskopik mungkin turut menjadi “penumpang” dalam hidangan harian kita. Fenomena ini berkait rapat dengan kehadiran mikroplastik, iaitu serpihan plastik bersaiz kurang daripada 5 milimeter. Zarah ini terhasil apabila plastik yang dibuang ke alam sekitar terdedah kepada cahaya matahari, haba, dan tindakan fizikal seperti ombak serta geseran.Plastik seperti di Rajah 1, ianya tidak benar-benar hilang, ia hanya berpecah menjadi bahagian yang lebih kecil dan semakin sukar dikesan. Dalam sesetengah keadaan, ia terus mengecil menjadi nanoplastik, yang berpotensi menembusi sistem biologi pada tahap selular. Apa yang lebih membimbangkan, mikroplastik kini bukan sahaja ditemui di lautan, tetapi juga dalam sungai, tanah, udara, dan pelbagai sumber makanan manusia. Ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada kitaran alam yang baharu, kitaran yang dicipta oleh aktiviti manusia sendiri.Rajah 1: Pencemaran plastik di lautanLautan yang Tidak Lagi SamaLautan sering dianggap sebagai sumber kehidupan dimana tempat bermulanya rantaian makanan marin. Namun hari ini, lautan juga menjadi tempat pengumpulan pelbagai jenis sisa plastik. Dari permukaan hingga ke dasar laut, mikroplastik tersebar luas. Zarah ini sering menyerupai plankton dari segi saiz dan tingkah laku. Akibatnya, hidupan marin seperti zooplankton, ikan kecil, udang, dan kerang-kerangan mudah tersalah anggap mikroplastik sebagai makanan. Proses ini berlaku secara senyap, tanpa disedari, tetapi kesannya berpanjangan.[ARTIKEL LAIN BERKENAAN ISU MIKROPLASTIK]Apabila organisma kecil ini dimakan oleh pemangsa yang lebih besar, mikroplastik tidak terurai atau hilang. Sebaliknya, ia terkumpul dalam tisu badan melalui proses yang dikenali sebagai bioakumulasi. Dari satu peringkat ke peringkat yang lain, kepekatan mikroplastik boleh meningkat dan fenomena ini disebut sebagai biomagnifikasi. Akhirnya, manusia sebagai pengguna di peringkat tertinggi dalam rantaian makanan turut terdedah kepada zarah ini. Dari laut ke pinggan makan, perjalanan mikroplastik berlaku tanpa kita sedari.Realiti yang Sukar DibayangkanSejauh mana sebenarnya kita terdedah kepada mikroplastik? Soalan ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan saintis, namun beberapa kajian memberikan gambaran awal yang membimbangkan. Satu kajian oleh University of Newcastle menganggarkan bahawa manusia boleh mengambil kira-kira 5 gram mikroplastik setiap minggu, bersamaan berat sekeping kad kredit (Cox et al., 2019). Dalam tempoh setahun, jumlah ini boleh mencecah ratusan gram.Pendedahan ini tidak hanya datang daripada makanan laut. Mikroplastik juga telah dikesan dalam air minuman, termasuk air botol dan air paip, serta dalam garam makanan. Malah, zarah halus ini juga boleh berada dalam udara yang kita sedut setiap hari, terutamanya dalam persekitaran tertutup.Di Malaysia, kajian tempatan turut mengesahkan kehadiran mikroplastik dalam pelbagai komponen alam sekitar, termasuk air sungai, sedimen, dan hidupan marin seperti kerang-kerangan (Praveena et al., 2020). Penemuan ini menunjukkan bahawa isu mikroplastik bukan lagi sesuatu yang jauh atau abstrak, tetapi realiti yang semakin hampir dengan kehidupan seharian kita.Ancaman yang Tidak KelihatanRajah 2: Kesan pendedahan mikroplastik kepada tubuh manusia dan pencemaran mikroplastik di Malaysia.Mikroplastik bukan sekadar zarah kecil yang tidak memberi kesan. Dari sudut saintifik, ia mempunyai ciri-ciri yang menjadikannya berpotensi berbahaya. Permukaan mikroplastik yang luas membolehkannya bertindak seperti “span”, menyerap pelbagai bahan pencemar dari persekitaran. Antaranya termasuk bahan pencemar organik tegar, logam berat, dan bahan tambahan plastik seperti Bisphenol A (BPA) serta phthalates.Apabila mikroplastik memasuki tubuh manusia seperti di Rajah 2, ia tidak semata-mata membawa zarah plastik, tetapi juga bahan-bahan toksik yang melekat padanya. Ini menimbulkan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang mungkin berlaku. Antara kesan yang sedang dikaji termasuk gangguan sistem hormon, tindak balas keradangan, dan stres oksidatif. Zarah yang lebih kecil, seperti nanoplastik, berpotensi menembusi membran sel dan berinteraksi dengan sistem biologi pada tahap yang lebih mendalam.Tambahan pula, kajian yang diterbitkan dalam Environment International (Leslie et al., 2022) telah mengesan kehadiran mikroplastik dalam darah manusia. Penemuan ini membuka dimensi baharu dalam memahami bagaimana zarah ini bergerak dalam tubuh dan berpotensi sampai ke organ-organ penting. Walaupun kesan jangka panjang masih belum difahami sepenuhnya, bukti yang semakin bertambah menunjukkan bahawa mikroplastik bukan lagi isu kecil yang boleh diabaikan.Malaysia: Cabaran di Pesisir PantaiSebagai negara yang dikelilingi lautan, Malaysia berada dalam kedudukan yang unik tetapi mencabar. Sungai-sungai utama seperti Sungai Klang dan Sungai Langat menjadi laluan penting yang membawa sisa plastik dari daratan ke laut. Apabila plastik ini terurai, ia menyumbang kepada pembentuk
Related Posts
Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran isyarat konflik Asia Barat bercanggah jejas sentimen
Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran isyarat konflik Asia Barat bercanggah jejas sentimen
Bagaimana Info Teknologi Terbaru Mempengaruhi Bisnis Anda
Bagaimana Info Teknologi Terbaru Mempengaruhi Bisnis Anda
EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas
EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas
