Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Monday, April 13, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman UtamaSiapa KamiHANTAR ARTIKEL & F.A.QKategoriAlam SemulajadiAstronomi & KosmologiBerita & PeristiwaBicara SaintisSains untuk ManusiaSuara Saintis MudaEventsFeaturedFiksyen, Buku & FilemFizikKimiaKomputer & ITLuar NegaraMatematikPerubatan & KesihatanRencanaSejarah & FalsafahTeknologi & KejuruteraanTempatanTenagaTokohPengiklananSains ShopPengajian TinggiBiografiUmumSiri-Ingin TahuMengapa Sains PentingTokoh Wanita Dalam Bidang SainsKitaran HidupGaya Hidup SihatSains Dalam KehidupanSains Itu MenyeronokkanCareers Laman UtamaSiapa KamiHANTAR ARTIKEL & F.A.QKategoriAlam SemulajadiAstronomi & KosmologiBerita & PeristiwaBicara SaintisSains untuk ManusiaSuara Saintis MudaEventsFeaturedFiksyen, Buku & FilemFizikKimiaKomputer & ITLuar NegaraMatematikPerubatan & KesihatanRencanaSejarah & FalsafahTeknologi & KejuruteraanTempatanTenagaTokohPengiklananSains ShopPengajian TinggiBiografiUmumSiri-Ingin TahuMengapa Sains PentingTokoh Wanita Dalam Bidang SainsKitaran HidupGaya Hidup SihatSains Dalam KehidupanSains Itu MenyeronokkanCareers No Result View All Result No Result View All Result Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa TsunamiMemahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami by Editor 13/04/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa 0 0 0Penulis: Dr. Dony AdryansyahPensyarah Kanan, Program Geosains Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia TerengganuGempa bumi yang berlaku di perairan berhampiran Kudat di utara Sabah pada 23 Februari 2026 pukul 12:57 pagi waktu tempatan (2026-02-22 16:57:46 UTC) mempunyai magnitud kuat, iaitu ML6.8 (magnitud lokal) atau Mw7.1 (magnitud momen), merupakan gempa bumi dengan magnitud terbesar pernah direkodkan di Malaysia sehingga hari ini.Gempa bumi ini terjadi di pusat gempa dengan koordinat 6.829°N 116.264° E dengan kedalaman lebih 600 km (seperti yang dilaporkan oleh MetMalaysia dan USGS), sehingga dikelaskan sebagai gempa dalam (deep earthquake). Gegaran gempa ini dinyatakan boleh dirasai oleh penduduk di pantai barat Sabah seperti di Kota Kinabalu, sehingga ke beberapa tempat di Sarawak.Walaupun gempa bumi merupakan fenomena semula jadi yang biasa berlaku akibat pelepasan tenaga secara tiba-tiba di dalam bumi yang menghasilkan gelombang seismik, namun kejadian gempa bumi Sabah ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam masyarakat, khususnya berkaitan punca gempa, risiko tsunami, serta implikasinya terhadap keselamatan awam.Konteks Saintifik Aktiviti Seismik di SabahSecara geologi, Sabah kerap mengalami aktiviti seismik kerana kedudukannya berhampiran sistem tektonik kompleks di kawasan utara Borneo, yang dipengaruhi oleh interaksi beberapa plat tektonik aktif yang bergerak mengikut arah dan kelajuan yang berlainan, iaitu Plat Eurasia, Plat Filipina, Plat Pasifik, dan Plat India-Australia (Gambar 1).Gambar 1. Peta lokasi kejadian gempa bumi Sabah 23 Februari 2026 dikaitkan dengan kerangka tektonik serantauNamun demikian, kawasan ini masih tidak seaktif berbanding zon seismik seperti Indonesia atau Filipina yang terletak berhampiran sempadan plat. Walaupun kejadian seperti gempa bumi di perairan Kudat ini jarang berlaku, gempa kecil hingga sederhana di kawasan Sabah bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam rekod seismik serantau, termasuk gempa Lahad Datu 1923 (M6.6) dan gempa Ranau 2015 (M6.0) yang berlaku akibat pergerakan sesar tempatan.Kejadian gempa di sebelah Barat Laut Sabah yang berhampiran dengan Palung Borneo Barat Laut (NW Borneo Trough) di Laut China Selatan ini dijangka berkaitan dengan zon penunjaman (subduction zone) yang selama ini tidak aktif. Kedalaman gempa yang sangat besar (lebih 600 km) menunjukkan bahawa ia berlaku jauh di dalam mantel bumi (Gambar 2), yang kemungkinan berkaitan dengan proses subduksi slab tektonik ini, iaitu sistem zon penjunaman Palung Borneo barat Laut (NW Borneo Trough Subduction Zone) yang tenggelam ke dalam mantel (Gambar 3). Oleh itu, gempa ini tidak berpunca secara langsung daripada sesar aktif di dasar laut berhampiran, tetapi lebih berkaitan dengan proses tektonik yang berlaku jauh di bawah permukaan bumi.Gambar 2. Bahagian dalaman bumi yang terbahagi kepada beberapa lapisan berdasarkan komposisi dan sifat fizikalnya. Lapisan mantel terletak di antara kerak bumi (crust) dan teras bumi (core) bermula pada kedalaman 30-70 km sehingga 2,900 km ke dalam bumi (https://geography4u.com/layers-of-the-earth/amp/).Gambar 3. Tafsiran mekanisma gempa bumi Sabah 23 Februari 2026 (diubahsuai dari tes.com)Dalam konteks ini, penyelidik dalam bidang geosains marin memainkan peranan penting dalam memahami risiko gempa dasar laut. Antara peranan utama mereka termasuk memetakan zon penjunaman dan struktur geologi (seperti sesar aktif) di dasar laut yang berpotensi untuk aktif, mengkaji sejarah gempa dan tsunami di kawasan berkenaan, mentafsirkan potensi tsunami, dan menyumbang kepada pembangunan sistem amaran awal bencana. Kajian yang berterusan oleh ahli geosains membantu meningkatkan pemahaman tentang dinamika tektonik di kawasan ini dan memperkukuhkan strategi mitigasi bencana bagi kawasan pesisir dan sekitarnya.Risiko TsunamiWalaupun magnitud gempa agak besar dan berlakunya di kawasan perairan (laut), kejadian ini tidak mencetuskan tsunami. Salah satu sebab utama ialah kedalaman hiposentrum yang sangat dalam. Gempa bumi yang berlaku pada kedalaman ratusan kilometer biasanya tidak menyebabkan perubahan mendadak pada dasar laut. Tanpa perubahan bentuk dasar laut, tenaga tidak dapat dipindahkan ke lautan untuk menghasilkan gelombang tsunami. Secara umum, tsunami biasanya berlaku apabila beberapa syarat utama dipenuhi, antaranya:Gempa berlaku di dasar laut.Gempa mempunyai magnitud yang besar (biasanya >7.0 Skala Magnitud).Pergerakan sesar menghasilkan perubahan menegak dasar laut yang signifikan.Kedalaman gempa relatif cetek (biasanya <70 km).Dalam kes gempa di perairan Kudat, tenaga yang dibawa oleh gelombang seismik dilepaskan terlalu jauh dari dasar laut untuk menghasilkan perubahan dasar laut yang ketara. Oleh itu, tiada perubahan dasar laut yang signifikan dan sistem pemantauan tsunami tidak mengesan sebarang anomali paras laut selepas kejadian tersebut.Keselamatan AwamSelepas sesuatu kejadian gempa bumi, kemungkinan berlakunya gempa susulan (aftershock) sentiasa wujud. Walau bagaimanapun, gempa susulan biasanya lebih berkaitan dengan gempa cetek yang melibatkan pergerakan sesar di kerak bumi. Dalam kes gempa dalam seperti yang berlaku di perairan Kudat ini, kebarangkalian gempa susulan yang dirasai di permukaan adalah lebih rendah.Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pesisir pantai, tiada la
Related Posts
FOTO: Paus Sepanjang 10 Meter Terdampar di Pantai Totobo Kolaka
FOTO: Paus Sepanjang 10 Meter Terdampar di Pantai Totobo Kolaka
Wanita dikerat: Polis giat kesan dua lagi anggota tubuh mangsa
Wanita dikerat: Polis giat kesan dua lagi anggota tubuh mangsa
Kurangi Beban Dokter, Jepang Lirik AI untuk Cek Kanker
Kurangi Beban Dokter, Jepang Lirik AI untuk Cek Kanker
