Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan Advertisement Malaysia Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan Pia Ernadya 14/04/2026 | 19:01 MYT Akmal Nasir berkata impak yang lebih ketara dijangka dapat dilihat dalam pasaran buruh pada suku kedua 2026.- Fail Bernama KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 penerbangan mingguan melibatkan enam syarikat penerbangan dibatalkan bagi tempoh 23 hingga 28 Mac 2026, sekali gus menandakan tekanan mula dirasai sektor penerbangan dan pelancongan susulan konflik di Asia Barat.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketibaan pelancong bagi tempoh 1 hingga 25 Mac turut mencatatkan penurunan, dengan unjuran penyusutan penumpang penerbangan dari Asia Barat sebanyak 1.5 juta orang bagi tahun 2026.Advertisement “Tekanan sudah mula muncul tetapi belum menjadi gangguan menyeluruh kepada ekonomi domestik.“Daripada data yang dikemas kini, pergerakan pengangkutan laut dan darat masih relatif stabil, khususnya bagi pengendalian kargo serta pergerakan penumpang pengangkutan awam.“Namun begitu, sektor penerbangan dan pelancongan sudah menunjukkan tanda tekanan,” beliau berkata demikian dalam Taklimat Krisis Tenaga Global pada Selasa.Ujarnya, impak yang lebih ketara dijangka dapat dilihat dalam pasaran buruh pada suku kedua 2026, khususnya bermula Jun sekiranya konflik berlarutan.Beliau menjelaskan, keadaan itu menunjukkan wujudnya kesan lengah (lag effect) apabila tekanan kos pada masa ini hanya akan memberi kesan terhadap pekerjaan dan pendapatan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan akan datang.“Jumlah kehilangan pekerja keseluruhan menurun dari Januari ke minggu pertama April, sekali gus menunjukkan krisis ini mempunyai kesan lengah.“Hari ini kita melihat tekanan kos, beberapa minggu atau bulan kemudian, barulah kita melihat tekanan terhadap pekerjaan dan pendapatan,” ujarnya.Justeru itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sedang meneliti langkah mitigasi bersesuaian bagi mengurangkan keresahan serta impak terhadap ekonomi semasa. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #malaysia #Kementerian Ekonomi #sektor penerbangan Malaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah few seconds ago Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang 11 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 19 minutes ago Dunia Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel – PM Meloni 25 minutes ago Malaysia Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah sektor perkhidmatan awam bermula esok 58 minutes ago Malaysia Ketidaktentuan global: Rakyat perlu pastikan kesahihan maklumat elak panik 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan
