Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan

Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan Bernama 15/02/2026 | 21:57 MYT Ahmad berkata semua pihak perlu berjiwa besar dalam menangani isu berkenaan dan sebarang permohonan menyertai parti itu akan diputuskan MKT. – Bernama PONTIAN: Sebarang keputusan untuk membenarkan mana-mana pemimpin politik menyertai UMNO akan ditentukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu berdasarkan tiga prinsip utama.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tiga prinsip berkenaan ialah Rumah Bangsa, Muafakat Nasional dan Kolaborasi Agung.Advertisement Beliau berkata semua pihak perlu berjiwa besar dalam menangani isu berkenaan dan sebarang permohonan menyertai parti itu akan diputuskan MKT.“Pada saya, dalam situasi sekarang kita hendaklah berjiwa besar. Jika mereka (pemimpin politik) ingin bersama, keputusan akan dibuat oleh MKT.“Kebiasaannya MKT yang akan memutuskan sekiranya ada permohonan untuk menyertai UMNO,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai beberapa pemimpin Bersatu, termasuk bekas Timbalan Presidennya Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa akan menyertai UMNO.Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat mengambil kesempatan terhadap permasalahan atau krisis yang dihadapi parti lain.Secara peribadi, katanya UMNO dan BN akan terus diperkukuh dengan kekuatan sedia ada.“Kita tidak mahu mengambil kesempatan daripada kemelut parti lain. Biarlah UMNO dan BN ini kuat atas kekuatan sendiri, bukan disebabkan apa yang berlaku kepada parti lawan,” katanya.Jumaat lepas, Hamzah dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta susulan tindakannya melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti, dengan keputusan itu dibuat Lembaga Disiplin selaras Fasal 22.5 perlembagaan berkenaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #MKT #UMNO #Bersatu #pemimpin #krisis Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 32 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *