Weeroc Space capai kejayaan 'tapeout', perkukuh keupayaan reka bentuk cip Malaysia

Weeroc Space capai kejayaan 'tapeout', perkukuh keupayaan reka bentuk cip Malaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kerajaan setuju naikkan adunan biodiesel kepada B15 tanpa kos tambahan – Akmal Nasrullah Malaysia MPI rancang program perkasa wartawan hadapi landskap baharu media – Presiden Dunia Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 – IEA Advertisement Teknologi Weeroc Space capai kejayaan 'tapeout', perkukuh keupayaan reka bentuk cip Malaysia Amzar Alif 14/04/2026 | 18:57 MYT Reka bentuk cip semikonduktor yang telah dimuktamadkan pada peringkat tapeout, sebelum dihantar ke fasiliti fabrikasi untuk proses pembuatan. – Gambar Sidec PUCHONG: Weeroc Space mencapai pencapaian penting apabila berjaya melaksanakan tapeout, sekali gus menandakan langkah kritikal dalam peralihan daripada reka bentuk cip kepada proses pembuatan.Syarikat inovator semikonduktor yang disokong Malaysia Semiconductor IC Design Park itu memaklumkan, kejayaan berkenaan mencerminkan keupayaan Malaysia yang semakin berkembang bukan sahaja dalam pembuatan, tetapi juga dalam mereka bentuk serta membangunkan teknologi semikonduktor maju.Advertisement Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Teknologi Weeroc, Salleh Ahmad berkata, pencapaian tersebut merupakan satu detik penting bagi syarikat fabless kerana ia menandakan tamatnya proses reka bentuk dan pengesahan yang intensif.“Ini menandakan selesainya fasa reka bentuk cip, apabila pelan akhir dihantar ke fasiliti fabrikasi untuk pengeluaran, satu pencapaian yang menjadi aspirasi semua syarikat semikonduktor fabless kerana ia melambangkan kemuncak usaha reka bentuk yang menyeluruh.“Selepas itu, pasukan akan menunggu cip yang telah dihasilkan sebelum ia melalui proses ujian dan pencirian, sebelum diintegrasikan ke dalam produk mereka.“Ia amat penting memandangkan hanya segelintir syarikat yang mampu melaksanakan tapeout produk mereka sendiri dan kami merupakan antara syarikat di Malaysia yang mempunyai keupayaan tersebut,” katanya.Tapeout merujuk kepada peringkat di mana reka bentuk semikonduktor dimuktamadkan dan dihantar ke fasiliti fabrikasi, sekali gus menandakan kesiapsiagaan untuk pengeluaran dan pengkomersialan.Peringkat ini dianggap antara paling kritikal dalam kitaran hayat semikonduktor kerana ia menunjukkan reka bentuk telah melalui proses verifikasi yang ketat sebelum diterjemahkan kepada cip fizikal.Sebarang kesilapan pada peringkat ini boleh menyebabkan kelewatan yang mahal, sekali gus menjadikan ketepatan dan proses pengesahan menyeluruh sebagai keutamaan utama dalam pembangunan cip. Image Pasukan kejuruteraan Weeroc Space berbincang dan menilai reka bentuk cip sebelum memasuki fasa tapeout, yang menjadi langkah kritikal dalam pembangunan semikonduktor. – Gambar Sidec Bagi Weeroc Space, pencapaian ini bukan sahaja mengesahkan keupayaan kejuruteraan syarikat, malah mengukuhkan kedudukan komersialnya dengan membolehkan penglibatan lebih yakin bersama pelanggan serta mempercepatkan pengenalan produk baharu ke pasaran.Secara lebih meluas, kejayaan seperti ini turut mencerminkan kematangan ekosistem semikonduktor Malaysia yang semakin berkembang, termasuk pengukuhan rantaian inovasi, kepakaran teknikal dan daya saing global.Weeroc Space juga mengiktiraf sokongan rakan ekosistem yang memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan tersebut, termasuk X-FAB yang menyediakan akses kepada keupayaan pembuatan semikonduktor maju.Selain itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut menyumbang dalam pembangunan bakat dan penyelidikan, manakala Cadence Design Systems menyediakan persekitaran serta alat reka bentuk yang kritikal dalam pembangunan IC.Kerjasama ini mencerminkan kekuatan ekosistem kolaboratif yang menyokong inovasi semikonduktor di Malaysia.Dalam masa sama, Weeroc Space dijangka terus memperluas pipeline produk, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang reka bentuk IC maju.Langkah itu juga selari dengan komitmen syarikat dalam memperkasa bakat tempatan melalui kerjasama dengan institusi seperti Universiti Malaya, UiTM, APU dan UKM, termasuk pelaksanaan program peningkatan kemahiran dan laluan pascasiswazah. Topic Berkaitan #SIDEC #Weeroc Space #semikonduktor #Malaysia Semiconductor IC Design Park #tapeout Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kerajaan setuju naikkan adunan biodiesel kepada B15 tanpa kos tambahan – Akmal Nasrullah 17 minutes ago Malaysia MPI rancang program perkasa wartawan hadapi landskap baharu media – Presiden 32 minutes ago Dunia Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 – IEA 40 minutes ago Malaysia Kerajaan jamin bekalan makanan asas negara kekal stabil – Akmal Nasrullah 47 minutes ago Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah 48 minutes ago Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *