MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan

MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye Advertisement Malaysia MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan Bernama 15/04/2026 | 09:10 MYT Perayaan Vishu menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Malayalam, tetapi turut membawa simbol harapan, kesejahteraan dan permulaan yang lebih baik. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Digital Gobind Singh Deo hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vishu kepada seluruh masyarakat Malayalee di Malaysia.Menerusi hantaran di Facebook, Aaron berkata setiap komuniti memainkan peranan penting dalam membina sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni, sambil menyeru agar semangat kejiranan yang menjadi teras masyarakat Malaysia sejak dahulu, dihidupkan kembali.Advertisement “Dalam dunia yang semakin pantas dan individualistik, nilai menyapa jiran, saling mengambil berat, berkongsi rezeki serta meraikan perayaan bersama tanpa mengira latar belakang, perlu diperkasakan semula.“Semangat kejiranan merupakan benteng sosial yang mampu mencegah perpecahan, merapatkan jurang antara komuniti, dan menyemai rasa kekitaan yang tulen,” katanya.Aaron berkata perayaan Vishu menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Malayalam, tetapi turut membawa simbol harapan, kesejahteraan dan permulaan yang lebih baik.“Dalam kepelbagaian budaya yang kita miliki, setiap perayaan seperti Vishu menjadi jambatan yang menghubungkan kita sebagai satu keluarga besar Malaysia,” kata Aaron.Gobind pula mengarapkan agar masyarakat Malayalee dikurniakan lembaran baharu yang sarat dengan peluang, harapan baharu, serta kegembiraan, kasih sayang, dan kesejahteraan.“Kepada semua yang menyambut Vishu, selamat menyambut hari yang mulia ini,” katanya.– BERNAMA   Topic Berkaitan #Aaron Ago Dagang #Gobind Singh Deo #Hari Vishu #Malayalee Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan 4 minutes ago Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 14 minutes ago Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun 24 minutes ago Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye 34 minutes ago Dunia Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship 44 minutes ago Sukan Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *