Ketidakstabilan kewangan global meningkat susulan konflik Asia Barat – IMF

Ketidakstabilan kewangan global meningkat susulan konflik Asia Barat – IMF | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye Advertisement Dunia Ketidakstabilan kewangan global meningkat susulan konflik Asia Barat – IMF Bernama 15/04/2026 | 07:00 MYT Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa mengeluarkan Laporan Kestabilan Kewangan Global, memberi amaran yang risiko terhadap kestabilan kewangan global semakin meningkat susulan situasi semasa di Asia Barat. – Gambar fail NEW YORK: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa mengeluarkan Laporan Kestabilan Kewangan Global, memberi amaran yang risiko terhadap kestabilan kewangan global semakin meningkat susulan situasi semasa di Asia Barat, lapor Xinhua.“Sistem kewangan global sedang berdepan konflik berterusan di Asia Barat, potensi tekanan inflasi, peningkatan risiko pengetatan lanjut dalam keadaan kewangan, serta beberapa saluran yang boleh menyebabkan pergolakan pasaran berkembang menjadi ketidakstabilan kewangan,” menurut laporan itu.Advertisement Semakin lama konflik berlarutan, semakin besar risiko keadaan kewangan global akan menjadi lebih serius secara mendadak.Laporan itu turut menyenaraikan beberapa saluran yang boleh menguji daya tahan sistem kewangan dan membawa kepada risiko ketidakstabilan kewangan.Pertama, peningkatan turun naik pasaran bon boleh mengetatkan pasaran pembiayaan, apabila paras hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat menyebabkan turun naik hasil bon yang lebih besar.Kedua, pasaran sedang pesat membangun mungkin menghadapi tekanan terhadap mata wang dan aliran keluar modal apabila strategi “carry trade” berakhir dan terma perdagangan merosot.Ketiga, pengetatan mendadak keadaan kewangan boleh menyebabkan penjualan paksa oleh dana lindung nilai, penjual opsyen, dana dagangan bursa berumpilan serta perantara kewangan bukan bank (NBFI) lain yang berkembang melalui penggunaan umpilan.Keempat, tanda-tanda peningkatan kegagalan pembayaran peminjam dalam kredit swasta boleh mencetuskan kebimbangan lebih meluas terhadap kredit korporat, khususnya bagi peminjam berumpilan tinggi yang terdedah kepada gangguan kecerdasan buatan (AI).Selain itu, pelaburan pesat dalam AI mungkin akan perlahan dengan ketara jika konflik Asia Barat berterusan.IMF menggesa pembuat dasar untuk bertindak tegas bagi mengukuhkan daya tahan dalam menghadapi konflik Asia Barat, dengan mencadangkan dasar monetari mengekalkan kestabilan harga serta peka terhadap kesan limpahan daripada inflasi sebenar kepada jangkaan inflasi, sambil kekal bergantung kepada data.Ia juga mengesyorkan perubahan pendirian fiskal ke arah dasar yang lebih ketat bagi memastikan hutang awam berada pada laluan stabil, dengan perbelanjaan baharu difokuskan kepada melindungi golongan rentan daripada kejutan inflasi.Menurut laporan itu, menutup jurang data, mempertingkat perkongsian data merentas bidang kuasa, serta memperkukuh pengawasan adalah penting memandangkan NBFI semakin berumpilan dan semakin berkait dengan bank.– BERNAMA-XINHUA  Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #IMF #Laporan Kestabilan Kewangan Global #tekanan inflasi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan 4 minutes ago Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 14 minutes ago Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun 24 minutes ago Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye 34 minutes ago Dunia Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship 44 minutes ago Sukan Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *