Bunuh lima sekeluarga: Keluarga mohon henti spekulasi bukan-bukan

Bunuh lima sekeluarga: Keluarga mohon henti spekulasi bukan-bukan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Keluarga mohon henti spekulasi bukan-bukan Sinar Harian 17/02/2026 | 18:48 MYT Polis membawa keluar lima mayat mangsa dalam kejadian bunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai dhari ini. – Foto: Bernama – Gambar kecil (Nurul Zahidah) KUANTAN: Keluarga lima beranak yang ditemui mati disyaki dibunuh di Taman Cerating Damai di sini merayu semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah berhubung kejadian itu.Nurul Zahidah Zambri, 34, berkata, masyarakat perlu menghormati keluarga dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan mengikut prosedur.Advertisement “Saya minta semua untuk menghormati segala proses ini sehingga polis mengeluarkan kenyataan dan yang itu kita akan pakai nanti,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.Nurul Zahidah berkata, pihak keluarga sedang menunggu proses bedah siasat dan perkembangan siasatan daripada pihak polis.“Minta sangat jangan buat spekulasi yang bukan-bukan dan hormati keluarga kami,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut khususnya di media sosial.Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian berkenaan.“Berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas. Jangan membuat spekulasi mengenai insiden ini atau berkongsi gambar dari lokasi kejadian atau membuat andaian di media sosial hingga boleh mengganggu siasatan,” katanya.Jelas beliau, semua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.“Bedah siasat akan dijalankan terhadap dua mangsa hari ini, manakala tiga lagi dijangka esok,” katanya.Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sinar Harian pada Selasa menyiarkan berita kejadian seorang lelaki yang mencederakan sehingga menyebabkan kematian ibu, isteri dan dua anak perempuannya sebelum dipercayai menamatkan riwayatnya sendiri di Taman Cerating Damai di sini. — Sinar Harian Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 51 minutes ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 1 hour ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 1 hour ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 2 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *