Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Advertisement Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled Bernama 21/02/2026 | 16:32 MYT Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap pada sidang media selepas Program Back To School Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat, Bandar Seri Alam hari ini. – Foto Bernama JOHOR BAHRU: Tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera Truper K. Indiran, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata perkara itu dimaklumkan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan pagi ini.Advertisement “Jangan dipolitikkan isu ini, biarlah perkara ini disiasat dahulu,” katanya selepas menyerahkan Bantuan Persekolahan Kembali ke Sekolah bagi Parlimen Pasir Gudang di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara itu sekiranya perlu.MIC Pulau Pinang sebelum ini menggesa siasatan menyeluruh dan telus dijalankan berhubung kematian mendiang Indiran, 22, dan mendakwa kemungkin besar wujud kecederaan dalaman yang memerlukan siasatan lanjut.Pada 18 Feb lepas, Indiran yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.Mendiang adalah anak kepada Mejar C. Kayamboo, iaitu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.Mendiang dijangka dikebumikan bersebelahan pusara bapanya di Tanah Perkuburan India Batu Lanchang hari ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Mohamed Khaled Nordin #TUDM #ATM #Truper K. Indiran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu few seconds ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 5 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 20 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan 42 minutes ago Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled 43 minutes ago Dunia Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled
