Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Advertisement Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Sinar Harian 21/02/2026 | 17:14 MYT Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dijangka menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut. KUALA LUMPUR: Esok dijangka menjadi detik penentu bagi menetapkan individu yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dijangka menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut.Advertisement Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad ketika ditanya mengesahkan mesyuarat berkenaan dijangka diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur.“Insya-Allah jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat,” katanya ringkas.Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan.Jelasnya, mesyuarat itu diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.Takiyuddin turut menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan PN, apabila jawatan pengerusi kosong, mesyuarat perlu melantik salah seorang daripada Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Katanya, ketika ini PN mempunyai tiga Timbalan Pengerusi dan pemilihan pengerusi mesyuarat akan diputuskan mengikut ketetapan perlembagaan gabungan.Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu.Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook. -Sinar Harian Topic Berkaitan #Perikatan Nasional #PN #mesyuarat luar biasa #pelantikan pengerusi baharu #Pas #Bersatu #Muhyiddin Yassin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu few seconds ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 4 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 20 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan 42 minutes ago Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled 42 minutes ago Dunia Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu
