Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal Advertisement Bisnes Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat Bernama 23/02/2026 | 18:54 MYT Pada 5 petang, FBM KLCI naik 5.15 mata atau 0.29 peratus kepada 1,757.98 berbanding 1,752.83 ketika ditutup pada Jumaat. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari pertama dagangan minggu ini, meneruskan momentum minggu lepas dalam persekitaran sentimen pelabur bertambah baik susulan pengumuman tarif terbaharu Amerika Syarikat (AS).Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.15 mata atau 0.29 peratus kepada 1,757.98 berbanding 1,752.83 ketika ditutup pada Jumaat.Advertisement Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi 4.14 mata kepada 1,756.97 dan bergerak antara 1,752.48 hingga 1,760.03 sepanjang sesi dagangan.Pasaran lebih luas adalah positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 584 berbanding 520 manakala 537 kaunter tidak berubah, 1,139 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung dagangan.Jumlah dagangan meningkat kepada 2.47 bilion unit bernilai RM2.65 bilion berbanding 2.03 bilion unit bernilai RM2.20 bilion pada Jumaat lepas.Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata sentimen mengukuh apabila pelabur berpuas hati daripada petunjuk yang lebih jelas bahawa landskap tarif Amerika Syarikat telah bertukar daripada peningkatan mendadak yang khusus mengikit negara kepada rangka kerja yang lebih bersifat sementara dan neutral.”Langkah menghentikan kutipan tarif sebelum ini yang dianggap tidak sah oleh Mahkamah Agung AS, selain daripada penggunaan tarif interim sebanyak 15 peratus terhad tempohnya, membantu meredakan risiko penurunan segera bagi sektor eksport Malaysia dan menyokong minat belian awal, walaupun ketidaktentuan dasar global dan geopolitik masih berlarutan,” katanya kepada Bernama.Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik lima sen kepada RM5.08, CIMB Group menambah satu sen kepada RM8.50 dan IHH Healthcare meningkat 16 sen kepada RM9.00, manakala Maybank turun dua sen kepada RM12.20 dan Tenaga Nasional berkurangan dua sen kepada RM14.14.Bagi saham paling aktif, Tanco naik dua sen kepada RM1.48, manakala Astro Malaysia merosot 1.5 sen kepada to 8.5 sen, Zetrix AI turun setengah sen kepada 83 sen, OCR tidak berubah pada 4.5 sen and Velesto susut 0.5 sen kepada 31 sen.Kaunter paling untung menyaksikan Nestle naik RM2.70 kepada RM112.40, Malaysian Pacific Industries meningkat 44 sen kepada RM31.02, United Plantations melonjak 32 sen kepada RM30.32, PPB Group menokok 30 sen kepada RM11.16 dan KESM Industries menambah 20 sen kepada RM3.05.Antara kaunter paling rugi ialah Malayan Cement turun 29 sen kepada RM8.40, Hong Leong Industries susut 20 sen kepada RM18.90, Press Metal menguncup 17 sen kepada RM7.53, Petronas Chemicals merosot 16 sen kepada RM3.29 dan UMS Integration berkurangan 15 sen kepada RM4.00.Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 40.66 mata kepada 12,708.55, Indeks FBM Emas menambah 39.93 mata kepada 12,886.71, Indeks FBM Mid 70 menokok 72.47 mata kepada 17,818.17, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 48.76 mata kepada 12,417.05 dan Indeks FBM ACE naik 26.56 mata kepada 4,848.68.Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.04 mata kepada 21,651.71, Indeks Perladangan naik 69.32 mata kepada 8,489.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.53 mata kepada 175.53 dan Indeks Tenaga berkurangan 5.58 mata kepada 770.30.Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.39 bilion unit bernilai RM2.44 bilion berbanding 1.27 bilion unit bernilai RM2.04 bilion pada Jumaat lepas.Jumlah dagangan waran meningkat kepada 825.20 juta unit bernilai RM89.36 juta berbanding 514.93 juta unit bernilai RM62.36 juta sebelumnya.Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 256.43 juta unit bernilai RM114.12 juta berbanding 248.54 juta unit bernilai RM95.89 juta minggu lepas.Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 215.48 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (204.46 juta), pembinaan (134.90 juta), teknologi (148.98 juta), perkhidmatan kewangan (106.13 juta), hartanah (163.34 juta), perladangan (21.97 juta), amanah pelaburan hartanah (18.50 juta), dana tertutup (21,400), tenaga (108.91 juta), penjagaan kesihatan (86.48 juta), telekomunikasi dan media (117.83 juta), pengangkutan dan logistik (26.80 juta), utiliti (32.22 juta) dan amanah perniagaan (519,100).– BERNAMA Topic Berkaitan #Bursa Malaysia #FBMKLCI #tarif #Telekomunikasi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum few seconds ago Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas 2 minutes ago Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal 17 minutes ago Malaysia Mahkamah tolak permohonan Ahmad Dusuki dapatkan kembali tauliah mengajar 1 hour ago Malaysia Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok 1 hour ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat
