FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Singapura lapor lima kes demam campak membabitkan bayi pada 2026 Malaysia PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa Bisnes Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung Advertisement Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung Bernama 24/02/2026 | 21:08 MYT Presiden AS Donald Trump menggunakan IEEPA untuk mengenakan tarif ke atas puluhan rakan dagang tanpa kelulusan Kongres sejak permulaan penggal keduanya. – Gambar fail WASHINGTON: Syarikat logistik FedEx memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut bayaran balik tarif yang dibayarnya di bawah undang-undang kuasa darurat selepas Mahkamah Agung membuat keputusan yang kerajaan menggunakan secara tidak sah untuk mengenakan duti, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Dalam aduan yang difailkan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS di New York pada Isnin, FedEx menuntut “bayaran balik penuh” bagi semua tarif yang dikutip di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA). Saman itu menyasarkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.Advertisement Presiden AS Donald Trump menggunakan IEEPA untuk mengenakan tarif ke atas puluhan rakan dagang tanpa kelulusan Kongres sejak permulaan penggal keduanya. Mahkamah Agung pada Jumaat memutuskan bahawa undang-undang itu tidak memberi kuasa kepada presiden untuk mengenakan tarif secara unilateral.Hakim tidak memutuskan sama ada kerajaan perlu membayar balik kepada pengimport, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah lebih rendah.Beberapa media AS menyifatkan tindakan FedEx sebagai saman korporat utama pertama oleh syarikat AS susulan keputusan itu. Kumpulan logistik berkenaan berhujah yang ia mengalami kerugian kerana membayar duti yang kini dianggap tidak sah.Selepas keputusan mahkamah itu, pemerhati menjangkakan gelombang tuntutan bayaran balik. Menurut anggaran oleh University of Pennsylvania, jumlah bayaran balik berpotensi mencecah kira-kira US$175 bilion, bersamaan kira-kira 2.5 peratus daripada belanjawan persekutuan.– BERNAMA-DPA Topic Berkaitan #AS #Fedex #saman #kerajaan AS #bayaran balik #tarif Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Singapura lapor lima kes demam campak membabitkan bayi pada 2026 8 minutes ago Malaysia PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa 9 minutes ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung 23 minutes ago Malaysia Pasangan kekasih diperintah bela diri tuduhan edar methamphetamine 173 kg 38 minutes ago Dunia Keuntungan bersih SIA susut kepada S$505 juta 44 minutes ago Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung
