Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 Advertisement Sukan Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara Astro Arena 25/02/2026 | 21:41 MYT Tujuh pemain berkenaan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, digantung 12 bulan oleh FIFA sejak September lalu atas dakwaan pemalsuan dokumen. – StadiumAstro TEMPOH 48 jam mendatang bakal menentukan hala tuju, maruah serta prestij Harimau Malaya dalam peta bola sepak dunia apabila keputusan pendengaran kes melibatkan tujuh pemain warisan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dijangka akan diumumkan pada awal pagi Jumaat ini.Kata putus yang sekian lama dinanti-nantikan itu menjadi topik perdebatan dan agenda utama negara dan apa yang lebih penting, ia bakal memasuki episod baru revolusi Harimau Malaya.Advertisement Persoalannya, adakah ia akan bersifat positif atau sebaliknya?Kecoh seantero negara sejak skandal pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, yang dihukum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Tujuh pemain berkenaan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, digantung 12 bulan oleh FIFA sejak September lalu atas dakwaan pemalsuan dokumen.Januari lalu, CAS mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sehingga keputusan penuh dikeluarkan.Sesi pendengaran itu dijadual berlangsung di Lausanne, Switzerland, melibatkan tiga panel penimbang-tara yang bakal menilai dan menganalisa bukti dan hujah dikemukakan pasukan peguam yang dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).Bagi mendapatkan penjelasan terperinci dan kebarangkalian yang bakal berlaku, wartawan Karl Nunis mendapatkan reaksi peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli, untuk menawarkan perspektif peribadinya tanpa mewakili mana-mana pihak .”Apa yang boleh kita jangkakan ialah berdasarkan apa yang dirayu oleh peguam pemain dan peguam FAM,” kata Nik Erman.”Kerana apabila membuat rayuan di CAS, mereka boleh rayu terhadap kesalahan dan hukuman.”Jika mereka melakukan rayuan terhadap kesalahan, mereka sebenarnya melakukan rayuan bahawa mereka tidak mengubah dokumen dan dokumennya adalah asli.”Jika rayuan itu dibenarkan bermaksud tidak berlaku sebarang pemalsuan. Maksudnya FAM dan pemain tidak bersalah dalam mengubah dokumen.”Jika rayuan itu hanya tertumpu kepada hukuman, ia bermaksud mereka mengakui perkara itu telah berlaku dan menyatakan hukuman itu terlalu berat dan mahu meringankannya.”Jadi, kemungkinan rayuan diterima ada dan kemungkinan untuk hukuman dikekalkan juga ada.Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com Topic Berkaitan #bola sepak #harimau Malaya #CAS #FIFA #FAM #pemain warisan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur few seconds ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 2 minutes ago Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 12 minutes ago Malaysia "Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton 19 minutes ago Sukan Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara 20 minutes ago Dunia Saintis guna AI tingkat ketahanan padi terhadap perubahan iklim 27 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara
