Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026

Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kerajaan setuju naikkan adunan biodiesel kepada B15 tanpa kos tambahan – Akmal Nasrullah Malaysia MPI rancang program perkasa wartawan hadapi landskap baharu media – Presiden Dunia Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 – IEA Advertisement Bisnes Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026 Amzar Alif 14/04/2026 | 19:11 MYT Antara rakan industri Malaysia yang turut serta dalam delegasi tersebut termasuk Kuala Lumpur Convention Centre, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Marriott International Malaysia, Penang Convention & Exhibition Bureau serta Shangri-La Kuala Lumpur. – Gambar MyCEB SINGAPURA: Malaysia terus memperkukuh kedudukan sebagai destinasi acara perniagaan global menerusi penyertaan dalam The Meetings Show Asia Pacific (TMS APAC) 2026 yang berlangsung di Sands Expo & Convention Centre, Singapura.Penyertaan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu menjadi platform strategik bagi mempromosikan keupayaan negara dalam industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) di peringkat antarabangsa.Advertisement Melalui penyertaan ini, Malaysia berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pembuat keputusan utama termasuk perancang mesyuarat antarabangsa, wakil persatuan dan pembeli korporat bagi memperluas potensi penganjuran acara berskala besar di negara ini.Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing berkata penyertaan dalam platform berprestij itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk mengukuhkan kehadiran global dalam industri acara perniagaan.“Penyertaan kami di The Meetings Show Asia Pacific 2026 mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh jejak global dalam industri acara perniagaan. Platform seperti ini membolehkan kami berinteraksi secara bersemuka dengan pembeli antarabangsa, mempamerkan lokasi dan hospitaliti bertaraf dunia, serta menunjukkan keupayaan Malaysia dalam menganjurkan acara berimpak tinggi,” katanya.Beliau menambah, pendekatan strategik melalui penglibatan bersama pemain industri bertujuan menjana peluang bernilai tinggi serta membina kerjasama baharu yang menyokong pertumbuhan berterusan sektor tersebut.“Melalui penglibatan strategik dengan pihak berkepentingan industri, kami berhasrat untuk membina kerjasama baharu dan menjana prospek bernilai tinggi yang akan menyumbang kepada pertumbuhan mampan sektor acara perniagaan Malaysia,” katanya lagi.Acara tersebut dijangka menghimpunkan lebih 290 pempamer global, hampir 1,800 peserta serta kira-kira 600 pembeli hos daripada lebih 70 negara, sekaligus menjadi medan penting bagi rangkaian perniagaan dan kerjasama industri.Sebagai sebahagian daripada strategi penglibatan, MyCEB turut menganjurkan sesi padanan perniagaan dan rangkaian bagi membuka peluang baharu kepada pemain industri tempatan untuk berhubung secara langsung dengan perancang acara global.Antara rakan industri Malaysia yang turut serta dalam delegasi tersebut termasuk Kuala Lumpur Convention Centre, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Marriott International Malaysia, Penang Convention & Exhibition Bureau serta Shangri-La Kuala Lumpur.Penyertaan kolektif ini mencerminkan kekuatan ekosistem acara perniagaan Malaysia yang merangkumi kemudahan bertaraf dunia, penginapan berkualiti serta perkhidmatan profesional yang kompetitif di peringkat antarabangsa.Selain itu, delegasi Malaysia turut menampilkan inisiatif interaktif bagi menarik minat pembeli antarabangsa serta memperkukuh hubungan strategik dengan pemain industri global. Image Penyertaan dalam TMS APAC 2026 dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kehadiran Malaysia di peringkat antarabangsa, di samping mempercepat pembangunan sektor acara perniagaan sebagai pemacu ekonomi negara. – Gambar MyCEB   Topic Berkaitan #MyCEB #TMS APAC 2026 #MOTAC #MICE #Tan Mei Phing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kerajaan setuju naikkan adunan biodiesel kepada B15 tanpa kos tambahan – Akmal Nasrullah 28 minutes ago Malaysia MPI rancang program perkasa wartawan hadapi landskap baharu media – Presiden 43 minutes ago Dunia Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 – IEA 52 minutes ago Malaysia Kerajaan jamin bekalan makanan asas negara kekal stabil – Akmal Nasrullah 58 minutes ago Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah 1 hour ago Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *