Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Lapan individu dihormati atas keberanian dalam serangan Bondi Junction Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS Malaysia Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel Bernama 13/04/2026 | 09:20 MYT Seorang lelaki duduk di atas bangku di sebuah tugu peringatan yang didirikan untuk kanak-kanak sekolah yang terkorban dalam serangan ke atas sebuah sekolah di bandar Minab. – Foto AP ISTANBUL: Iran pada Ahad mendakwa sebanyak 942 sekolah di seluruh negara itu rosak akibat serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel sejak 28 Feb, lapor Anadolu Ajansi (AA).Jurucakap kerajaan Fatemeh Mohajerani dalam sidang media berkata bahawa bangunan yang rosak itu memerlukan antara dua hingga tiga bulan untuk dibina semula.Advertisement Beliau berkata serangan AS-Israel itu turut memusnahkan 125,640 unit awam, termasuk 100,000 rumah, 20,500 kedai dan 339 pusat kesihatan.Mohajerani berkata pembinaan semula unit awam yang rosak itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga 24 bulan.Beliau berkata rakyat yang kediaman mereka rosak dalam serangan boleh memanfaatkan kemudahan pinjaman perumahan untuk membina semula unit masing-masing.Lebih 3,000 orang terbunuh dalam serangan udara AS-Israel ke atas Iran sejak 28 Feb.Tehran melancarkan serangan balas terhadap Israel, Iraq, Jordan dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS sebelum gencatan senjata selama dua minggu diumumkan pada awal minggu ini.Delegasi Iran dan AS menamatkan rundingan selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, awal Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #sekolah #Iran #serangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Lapan individu dihormati atas keberanian dalam serangan Bondi Junction 8 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS 18 minutes ago Malaysia Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam 37 minutes ago Malaysia My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara 38 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel 48 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz 58 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
