Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kepelbagaian bukan cabaran – Aaron Malaysia Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah Malaysia Kos rawatan buah pinggang melonjak ke RM3.3 bilion setahun – Dr Dzulkefly Advertisement Dunia Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal Astro AWANI 12/04/2026 | 16:31 MYT Mohammad Javad Zarif (foto), yang merupakan antara tokoh utama di sebalik perjanjian nuklear Iran pada 2015, dilihat masih mempunyai pengaruh dalam wacana diplomatik negara itu walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi dalam pentadbiran semasa. -Gambar fail/Reuters TEHRAN: Bekas Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa sebarang rundingan dengan Tehran tidak akan membuahkan hasil sekiranya Amerika Syarikat (AS) terus berusaha memaksakan syarat secara sepihak.Menerusi satu hantaran di platform X pada Sabtu, Mohammad Javad Zarif mengulas kegagalan pusingan rundingan damai di Islamabad, Pakistan, sambil merujuk kenyataan Naib Presiden AS, JD Vance, yang mendakwa Iran memilih untuk tidak menerima tuntutan dikemukakan Washington.Advertisement “Tiada rundingan, sekurang-kurangnya dengan Iran, akan berjaya jika ia berdasarkan pendekatan ‘syarat kami atau syarat kamu’. Amerika Syarikat perlu memahami bahawa mereka tidak boleh menetapkan syarat kepada Iran. Masih belum terlambat untuk belajar,” tulisnya. Want to know why negotiations did not succeed?JD Vance: “they have chosen not to accept our terms.”Bingo.No negotiations – at least with Iran – will succeed based on “our/your terms.”The US must learn: you can’t dictate terms to Iran.It’s not too late to learn. Yet.— Javad Zarif (@JZarif) April 12, 2026 Kenyataan itu mencerminkan ketegangan diplomatik yang berterusan susulan kegagalan kedua‑dua pihak mencapai kata sepakat bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan selama enam minggu di Asia Barat.Rundingan di Islamabad berakhir tanpa persetujuan selepas tuntutan utama kedua‑dua pihak, termasuk isu pembukaan semula Selat Hormuz dan penarikan sekatan ekonomi, tidak menemui titik pertemuan.Mohammad Javad Zarif, yang merupakan antara tokoh utama di sebalik perjanjian nuklear Iran pada 2015, dilihat masih mempunyai pengaruh dalam wacana diplomatik negara itu walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi dalam pentadbiran semasa.Pemerhati antarabangsa berpandangan kegagalan rundingan berkenaan menambah ketidaktentuan di rantau Asia Barat, khususnya ketika tempoh gencatan senjata sementara dijangka berakhir dalam masa terdekat. Topic Berkaitan #Iran #Amerika Syarikat #mohammad javad zarif #rundingan diplomatik #Islamabad #konflik Asia Barat #GENCATAN SENJATA #hubungan antarabangsa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kepelbagaian bukan cabaran – Aaron 13 minutes ago Malaysia Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah 13 minutes ago Malaysia Kos rawatan buah pinggang melonjak ke RM3.3 bilion setahun – Dr Dzulkefly 28 minutes ago Dunia Rundingan dengan AS berlangsung dalam suasana keraguan, syak wasangka – Iran 43 minutes ago Malaysia 34 pelajar Thailand ditahan lintas Sungai Golok 58 minutes ago Malaysia Manipulasi korporat: Polis akan ekstradisi individu terlibat bantu siasatan – Saifuddin 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal
