Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – Fadillah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik – Armizan Malaysia Pulau Pinang haramkan penjualan permainan mengandungi jarum perubatan Malaysia Kerajaan salur peruntukan khas kepada masyarakat Siam lebih RM2 juta Advertisement Malaysia Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – Fadillah Bernama 13/04/2026 | 20:34 MYT Fadillah berkata langkah berkenaan bagi membolehkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tumpuan penguatkuasaan di lokasi berisiko khusus. – Gambar fail KUCHING: Anggota polis akan ditempatkan sementara di 151 stesen minyak yang dikenal pasti berisiko tinggi dalam usaha membanteras ketirisan bahan api, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau berkata langkah berkenaan bagi membolehkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tumpuan penguatkuasaan di lokasi berisiko lain termasuk depoh diesel nelayan, stesen tanpa jenama, jeti haram dan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal atau bunkering haram.Advertisement “Daripada jumlah itu, sebanyak 87 stesen minyak terletak di kawasan sempadan manakala 64 lagi dikategorikan berisiko tinggi berdasarkan lonjakan jualan mencurigakan serta aktiviti melibatkan kenderaan asing dan tangki ubah suai.“Di Sarawak sahaja, 22 stesen minyak di kawasan sempadan seperti Limbang, Lubok Antu dan Lundu akan dipantau pihak polis melalui operasi bersepadu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) peringkat negeri itu di sini hari ini.Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata sejak pelaksanaan Ops Tiris 4.0 pada 16 Mac hingga semalam, sebanyak 13,759 pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 239 kes dikesan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM11 juta, termasuk RM6.7 juta di Sarawak sahaja.“Kes melibatkan diesel mencatatkan jumlah tertinggi dengan 99 kes bernilai lebih RM3.1 juta, diikuti petrol RON95, Gas Petroleum Cecair (LPG) serta barangan kawalan lain seperti minyak masak, gula dan tepung gandum,” katanya.Beliau turut menyeru orang ramai menyokong inisiatif ‘KITA GEMPUR’, iaitu langkah kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi demi melindungi kedaulatan ekonomi negara.– BERNAMA Topic Berkaitan #ops tiris 4.0 #POLIS #sempadan #stesen minyak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik – Armizan few seconds ago Malaysia Pulau Pinang haramkan penjualan permainan mengandungi jarum perubatan 13 minutes ago Malaysia Kerajaan salur peruntukan khas kepada masyarakat Siam lebih RM2 juta 43 minutes ago Dunia Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia 43 minutes ago Malaysia Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai 43 minutes ago Malaysia Penyelidik UMPSA hasilkan RimauStrike, perkasa sistem latihan sepak takraw 58 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – Fadillah
