Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Lapan individu dihormati atas keberanian dalam serangan Bondi Junction Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS Malaysia Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam Advertisement Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS Bernama 13/04/2026 | 09:50 MYT Pada 8 pagi, mata wang tempatan menurun kepada 3.9695/9960 berbanding dolar AS. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama hari ini tetapi rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan luaran yang meningkat dan permintaan yang lebih kukuh terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.Pada 8 pagi, mata wang tempatan menurun kepada 3.9695/9960 berbanding dolar AS daripada 3.9625/9680 dicatatkan pada Jumaat lepas.Advertisement Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit dalam masa terdekat dijangka kekal berhati-hati susulan ketegangan geopolitik yang memuncak dan perubahan sentimen pasaran.“Langkah mengelak risiko dalam kalangan peniaga adalah ketara berikutan rundingan antara AS dan Iran yang terhenti. Lazimnya, perkembangan sedemikian cenderung mendorong permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS,” katanya kepada Bernama.Katanya perubahan sentimen ini susulan risiko geopolitik yang meningkat termasuk laporan bahawa Presiden AS Donald Trump mempertimbangkan sekatan ke atas Selat Hormuz, langkah bertujuan memberi tekanan kepada ekonomi Iran melalui perdagangan minyak dan gas yang telah mendorong minyak mentah WTI dan Brent melepasi paras US$100 setong pagi ini.Mohd Afzanizam berkata perkembangan itu turut mengukuhkan dolar AS, dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.47 peratus kepada 99.115 mata.“Oleh itu, pasaran dijangka dalam sentimen mengelak risiko hari ini. Ringgit diunjurkan menyusut berbanding dolar AS dan mungkin mencecah semula paras RM4.00,” katanya.Dilaporkan bahawa Pemerintahan Pusat AS akan mula melaksanakan sekatan terhadap semua trafik maritim yang masuk dan keluar dari pelabuhan Iran pada 13 April pukul 10 pagi (Waktu Timur), yang akan dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal dari semua negara di seluruh pelabuhan dan kawasan pesisir Iran, termasuk yang berada di sepanjang Teluk Arab dan Teluk Oman.Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.3167/3522 daripada 5.3248/3322, naik berbanding yen Jepun kepada 2.4858/5025 daripada 2.4882/4918 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6344/6653 daripada 4.6401/6465 pada Jumaat lepas.Bagaimanapun, mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1065/1275 daripada 3.1093/1139 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.2587/3493 daripada 12.3289/3525 manakala menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 232.0/233.7 daripada 231.6/232.0 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 6.61/6.66 daripada 6.60/6.62 sebelum ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ringgit #dolar AS #dagangan #mata wang asing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Lapan individu dihormati atas keberanian dalam serangan Bondi Junction 8 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS 18 minutes ago Malaysia Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam 37 minutes ago Malaysia My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara 38 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel 48 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz 58 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS
