Education Must Win: MCPlus bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM

Education Must Win: MCPLUS bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu Dunia Dunia perlu bertindak segera hentikan genosid di Gaza – Thiago Avila Malaysia Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR Advertisement Malaysia Education Must Win: MCPLUS bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM Malekah Aisyah 12/04/2026 | 16:44 MYT Lebih 1,000 peserta termasuk ibu bapa hadir untuk meraikan keputusan pelajar SPM 2025 serta mengambil inspirasi menerusi sesi perkongsian antara tenaga pengajar dan pelajar. – Foto MCPLUS KUALA LUMPUR: Di sebalik lebih 30,000 pelajar yang berjaya meningkatkan keputusan SPM 2025, tersimpan kisah perjuangan yang membuktikan cabaran bukan penghalang untuk berjaya.Melalui pendekatan yang sangat dekat dengan jiwa pelajar, MCPLUS, pusat tuisyen dalam talian terbesar di Malaysia, fokus utama mereka tidak terhenti di kecemerlangan akademik. MCPLUS juga komited membina mentaliti juara dan karakter insan dalam diri pelajar.Advertisement Kempen “Education Must Win” diterjemahkan melalui kaedah pengajaran siaran langsung yang interaktif, tenaga pengajar yang memahami pelajar zaman kini serta sistem pembelajaran fleksibel menerusi aplikasi all-in-one yang dibina khas oleh MCPLUS.  Image Sir Fathi (tengah) di sekitar sesi temu mesra bersama peserta-peserta yang hadir ke Majlis MCPlus Graduation Tour. – Foto MCPLUS  MCPLUS merekodkan penyertaan sekitar 35,000 pelajar calon SPM. Pendidiknya, Fathi Hussein atau lebih dikenali sebagai Sir Fathi, berkata beliau berbangga kerana kejayaan pelajar MCPLUS membuktikan generasi muda masih mementingkan ilmu.“Alhamdulillah tahun ini pencapaiannya meningkat dari tahun lepas, syukur.”“Kami mengajar bukan setakat untuk pastikan pelajar kami skor, tetapi kami juga membina mentaliti juara. Adab, kebolehan bercakap, kemahiran berkomuniti, adalah perkara-perkara yang kami tenaga pengajar MCPLUS cuba terapkan,” katanya pada Majlis MCPLUS Graduation Tour di ibu negara, pada Sabtu.  Image Muhammad Akif Umar Amir Mahamud (kiri) bersama ibunya ketika sesi temu bual, berkongsi kisah dan perjalanan membentuk keputusan SPM cemerlang bersama MCPlus. – Foto MCPLUS  Antara kisah paling mencuri perhatian ialah Muhammad Akif Umar Amir Mahamud, pelajar daripada aliran pendidikan khas (autisme) yang berjaya menembusi aliran perdana sebelum meraih keputusan cemerlang dalam SPM.“Saya bergabung dengan MCPLUS sebulan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM. Sebelum peperiksaan itu, saya tidak pernah skor matematik.”“Apabila saya bergabung dengan MCPLUS, saya berjaya. Semasa Peperiksaan SPM sebenar, saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang, “straight A”,” ujarnya.Menurutnya, kekuatan utama MCPLUS terletak pada tenaga pengajar yang berkarisma dan teknik pembelajaran yang mudah difahami.“Pertama, karismatik, mereka sungguh bersemangat. Kedua, jenis ajaran mereka sangat mudah.”“MCPLUS mempunyai teknik pembelajaran sendiri yang menekankan semangat,” tambahnya.  Image Sesi perkongsian antara tenaga pengajar dan pelajar-pelajar merangkumi kisah-kisah paling mengilhamkan sekali gus menjadi momen penting pada Majlis MCPlus Graduation Tour. – Foto MCPLUS  Seorang lagi pelajar, Farah Anis Sabrina Shafrial, mengakui pendekatan MCPLUS mengubah persepsinya terhadap pembelajaran.“Saya jenis yang perlu lihat sesuatu untuk faham. Bila saya jumpa MCPLUS, saya sedar belajar sebenarnya menyeronokkan dan ada cara alternatif untuk faham sesuatu,” jelasnya.Kini, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang reka bentuk inovasi di Korea.  Image Muhammad Adib Fahim (tiga, kiri) ketika sesi perkongsian perjalanannya bersama MCPLUS. – Foto MCPLUS Sementara itu, Muhammad Adib Fahim menekankan bahawa kejayaan bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi nilai yang dibina sepanjang proses pembelajaran.“Bagi saya, pembelajaran adalah satu proses. Kita tak boleh ukur kejayaan hanya berdasarkan slip SPM kerana yang lebih penting adalah nilai kita dapat dan bagaimana ia membentuk diri kita,” menurutnya yang turut membawa balik keputusan “straight A” dalam SPM 2025.Beliau turut aktif menghasilkan kandungan pendidikan inspirasi dari tenaga pengajar MCPLUS di media sosial sebagai usaha membantu pelajar lain dengan capaian pengikut sekitar 113 ribu di TikTok.Dengan pendekatan pembelajaran yang inklusif, fleksibel dan berteraskan sokongan emosi, MCPLUS terus memperkukuh peranannya dalam membantu pelajar mencapai potensi sebenar, selari dengan semangat Education Must Win. Topic Berkaitan #MCPLUS #pusat tuisyen #Pembelajaran Digital #SPM 2025 #keputusan cemerlang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu 11 minutes ago Dunia Dunia perlu bertindak segera hentikan genosid di Gaza – Thiago Avila 31 minutes ago Malaysia Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR 36 minutes ago Malaysia KETENGAH berpotensi sebagai pemacu utama pembangunan wilayah mampan – Ahmad Zahid 46 minutes ago Malaysia Piala Thomas: Zii Jia mampu suntik semangat skuad negara di Horsens – Rashid 1 hour ago Dunia Kanada ikrar kurangkan kebergantungan terhadap AS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *