Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu Dunia Dunia perlu bertindak segera hentikan genosid di Gaza – Thiago Avila Malaysia Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR Advertisement Malaysia Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah Sinar Harian 12/04/2026 | 18:00 MYT Pelajar Tingkatan Satu (Nur Fatimatul Hawa) maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di Kota Bharu pada Ahad. -Foto Sinar Harian KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.Advertisement Abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15, yang belajar di sekolah yang sama memberitahu dia dimaklumkan kejadian itu berlaku selepas adiknya selesai menunaikan solat Zohor.“Saya berada di luar sekolah sambil menunggu rakan untuk pulang bersama.“Kemudian ada rakan datang beritahu adik dilanggar sebuah kereta di depan surau sekolah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) di sini pada Ahad.Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia terus memeluk jenazah adiknya yang ketika itu berada di tangga surau.Ujarnya, dia dimaklumkan kereta yang melanggar adiknya itu diparkir di depan surau tersebut.Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, memberitahu mangsa ialah anak ketiga daripada empat beradik dan dua anaknya bersekolah di sekolah yang sama.Katanya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dihubungi adik iparnya sambil menangis dan meminta dia ke sekolah berkenaan.“Tiba di sana saya melihat anak sudah terbaring kaku dan ditempatkan di surau. Ketika itu saya sangat terkejut dan tergamam melihat jenazah anak,” katanya.Menurutnya, pihak sekolah memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia.“Namun, tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah berhubung kejadian lanjut termasuk siapa yang melanggar anak saya.“Arwah ialah anak ketiga dan kesemua anak saya tinggal bersama adik ipar selepas kematian isteri sejak lima tahun lalu,” katanya.Beliau memberitahu, sejak kematian isteri, mereka sekeluarga akan berjumpa dua kali seminggu di rumah adik iparnya.Ujarnya, jenazah anak perempuannya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas selepas selesai bedah siasat.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian. -Sinar Harian Topic Berkaitan #Kota Bharu #pelajar maut #Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin #kemalangan sekolah #pakai kasut depan surau #tragedi pelajar Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu 10 minutes ago Dunia Dunia perlu bertindak segera hentikan genosid di Gaza – Thiago Avila 30 minutes ago Malaysia Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR 35 minutes ago Malaysia KETENGAH berpotensi sebagai pemacu utama pembangunan wilayah mampan – Ahmad Zahid 45 minutes ago Malaysia Piala Thomas: Zii Jia mampu suntik semangat skuad negara di Horsens – Rashid 1 hour ago Dunia Kanada ikrar kurangkan kebergantungan terhadap AS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
