My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Lapan individu dihormati atas keberanian dalam serangan Bondi Junction Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS Malaysia Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam Advertisement Malaysia My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara Astro AWANI 13/04/2026 | 09:30 MYT My Warriors Run 2026 akan diadakan pada Ahad, 7 Jun 2026, bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). KUALA LUMPUR: Program MyWarriors Run 2026 (MWR 2026) merupakan aktiviti penutup dalam mendapatkan sumbangan awam di bawah Program Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026.Sesi sumbangan ini telah bermula pada 1 Ogos 2025 dan akan berakhir pada 31 Julai 2026.Advertisement Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di bawah Program KTP bagi memangkin tahap kesedaran, semangat perpaduan rakyat Malaysia dan patriotisme melalui aspek penghargaan atas jasa perwira-perwira negara berlandaskan konsep CSR dan Whole of Government and Whole of Society (WOGOS).Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki, program My Warriors Run 2026 bukan sekadar larian, bahkan sebagai simbol solidariti seluruh rakyat Malaysia melalui acara yang bermanfaat, menyeronokkan dan memberi makna dalam kehidupan.Selain itu, program ini menyemai budaya keseronokan dalam beramal dan menghargai semua yg berjasa selaras dengan tema ‘1 Rakyat, 1 Ringgit-Demi Pahlawanku’. (2R, DP).”Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk kesedaran serta sokongan berterusan masyarakat agar sentiasa menghargai jasa pahlawan dan wira negara. ” katanya dalam temubual AWANI Pagi, pada Isnin.Di samping itu, program ini bertujuan mengukuhkan kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta pemain industri dalam meningkatkan sumbangan kepada Tabung Pahlawan, selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan konsep “Rakyat Disantuni”.Dalam masa yang sama, membantu penerapan budaya dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui penglibatan dalam aktiviti riadah dan ibadah sebagai satu pendekatan holistik dalam membina masyarakat yang seimbang dari segi fizikal dan rohani.”My Warriors Run 2026 akan diadakan pada Ahad, 7 Jun 2026, bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bersebelahan Tower 1 DBKL. Acara ini menggunakan konsep Charity Fun Run dengan jarak maksimum larian sejauh tujuh kilometer, bermula dan berakhir di lokasi yang sama bagi memudahkan pergerakan serta penyertaan orang ramai.”Penyertaan adalah terbuka kepada dua kategori, iaitu kategori individu dengan yuran penyertaan sebanyak RM40 bagi peserta berumur 13 tahun ke atas dan kategori keluarga dengan bayaran sebanyak RM120 sahaja untuk empat peserta yang merangkumi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.Manakala, kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun yang hadir bersama keluarga, boleh menyertai program ini secara percuma.Mejar Jeneral Datuk Semaon turut memaklumkan bahawa setiap peserta yang mendaftar akan menerima jersi rasmi larian, nombor bib peserta, pingat edisi terhad MWR 2026 serta beg cenderahati eksklusif sebagai tanda penyertaan dan penghargaan.Setiap peserta yang mendaftar melalui platform rasmi Checkpointspot Asia juga berpeluang memenangi lebih daripada 100 unit hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah yang disediakan.Antaranya termasuklah basikal elektrik, televisyen pintar bersaiz 55 inci, tablet dan telefon mudah alih serta pelbagai peralatan elektrik dan elektronik lain.Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang Checkpointspot Asia atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Tarikh tutup pendaftaran bagi Program My Warriors Run 2026 adalah pada 3 Mei 2026, Ahad.Maklumat lanjut mengenai MWR 2026 boleh diperoleh melalui laman rasmi www.jhev.gov.my dan www.mod.gov.my, serta menerusi media sosial rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) di platform Facebook, TikTok, Instagram dan X. Topic Berkaitan #My Warriors Run 2026 #KTP #JHEV ATM #sumbangan awam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Lapan individu dihormati atas keberanian dalam serangan Bondi Junction 9 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS 19 minutes ago Malaysia Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam 39 minutes ago Malaysia My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara 39 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel 49 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
